Kebaikan Mandi Air Panas Sama Seperti Bersukan? Ini Penjelasan Pakar

Mandi air panas sebenarnya memberi manfaat kepada tubuh badan atau sebaliknya?

Salah satu cara untuk memanjakan diri selepas penat bekerja adalah dengan mandi menggunakan air panas. Kita akan berasa lebih tenang dan segar selepas mandi.

Namun tahukan anda mandi menggunakan air panas sebenarnya mempunyai manfaat lain untuk tubuh badan kita? Tidak hanya menenangkan, mandi air panas juga mampu memulihkan mood anda menjadi lebih baik dan ceria.

Hal ini telah dijelaskan sendiri oleh beberapa orang pakar kesihatan. Baca ulasan kami sampai habis di bawah ini.

Kalori akan lebih mudah terbakar.

Suka Mandi Pakai Air Hangat? Ini 5 Efek Bagi Tubuh Berdasarkan Sains 

Menurut kajian pakar, mandi air panas mampu membakar kalori dalam tubuh badan kita. Mandi air panas dengan suhu 37 darjah selsius sekitar satu jam juga mampu membakar 130 kalori. Angka ini sama seperti jumlah kalori yang dibakar selama setengah jam dengan berjalan kaki.

Tidur lebih nyenyak dan lebih awal daripada biasa

Suka Mandi Pakai Air Hangat? Ini 5 Efek Bagi Tubuh Berdasarkan Sains 

Anda susah tidur sejak kebelakangan ini? Apa kata anda cuba mandi air panas sebelum waktu tidur. Menurut kajian yang dilakukan di Universiti Texas, mandi malam menggunakan air panas pada suhu 37-38 darjah selsius mampu meningkatkan kualiti tidur. Selain itu, mandi menggunakan air panas juga membantu anda untuk tidur 10 minit lebih awal tau.

Hal ini berlaku kerana mandi air panas mampu menstimulasi sistem termoregulasi, melancarkan peredaran darah dan mampu menurunkan suhu badan.

Memperbaiki saluran penafasan

Suka Mandi Pakai Air Hangat? Ini 5 Efek Bagi Tubuh Berdasarkan Sains 

Kesan air panas semasa mandi juga sebenarnya bermanfaat kerana membantu paru-paru kita untuk mengumpul oksigen.

Fakta ini disokong oleh banyak kajian dan salah satunya adalah menerusi jurnal App Physiol. Wap daripada air panas mampu memulihkan diri daripada sebrang infeksi saluran penafasan seperti demam dan hidung tersumbat.

Risiko penyakit jantung akan menurun

Suka Mandi Pakai Air Hangat? Ini 5 Efek Bagi Tubuh Berdasarkan Sains 

Sebuah kajian telah diterbitkan dalam British Medical Journal dan mengatakan bahawa mandi air panas setiap hari mampu menurunkan risiko serangan jantung dan strok.

Selain itu, mandi menggunakan air panas juga boleh mengurangkan hipertensi dan penyakit kardiovaskular yang lain.

Sama manfaat seperti bersukan

Suka Mandi Pakai Air Hangat? Ini 5 Efek Bagi Tubuh Berdasarkan Sains 

Anda tidak mempunyai masa untuk bersukan? Mandi menggunakan air panas sebenarnya mempunyai manfaat yang sama dengan bersukan kerana mampu mengawal kadar gula dalam darah dan mengelakkan keradangan.

Walaupun bersukan merupakan cara yang terbaik untuk mengawal keadaan ini, namun sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal Of Applied Physiology menyatakan bahawa mandi air panas setiap hari mampu memberi kesan yang sama.

Banyak manfaat yang baik untuk tubuh badan kita sekiranya kita mandi menggunakan air panas. Bagi anda yang tidak gemar mandi air panas boleh la cuba selepas ini okay?

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: