Cara Memohon Sijil Pengecualian Vaksin Di MySejahtera

blank

Permohonan Sijil Pengecualian Vaksin di MySejahtera

Individu tidak boleh divaksin atas faktor perubatan boleh mohon sijil pengecualian vaksinasi di MySejahtera melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berdekatan, selain mematuhi SOP dengan lebih ketat, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin di Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun, katanya, untuk mendapatkan sijil tersebut, individu perlu mendapatkan pengesahan daripada pakar perubatan berdaftar yang merawat individu tersebut.

“Sekiranya individu tersebut disahkan tidak boleh mengambil sebarang jenis vaksin Covid-19 atas sebab-sebab perubatan, individu tersebut perlu mematuhi SOP dengan lebih ketat secara kendiri seperti memakai pelitup muka, memastikan penjarakan fizikal, kerap mencuci tangan dan lain-lain disebabkan individu tersebut lebih berisiko untuk mendapat jangkitan Covid-19,” katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, pakar perubatan yang boleh mengesahkannya terdiri daripada pakar perubatan di hospital swasta yang merawat individu tersebut, pakar perubatan atau pegawai perubatan yang merawat semasa ketiadaan pakar perubatan di hospital kerajaan yang berpakar atau pakar perubatan keluarga di klinik kerajaan.

“Jika permohonan adalah lengkap dan mengikuti syarat yang telah ditetapkan, sijil digital melalui MySejahtera akan diperolehi dalam tempoh satu minggu,” katanya.

Cara Memohon Sijil Pengecualian Vaksin MySejahtera

Jika anda perlu memohon sijil digital pengecualian vaksinasi di MySejahtera, sila rujuk langkah-langkah yang dinyatakan berikut:

blank
  1. Dapatkan ‘Slip Penilaian Pra-vaksinasi’ (PVA)
  2. Slip itu perlu disahkan oleh:
    • Pakar perubatan hospital swasta yang merawat pemohon
    • Pakar / pegawai perubatanyang merawat (semasa ketiadaan pakar perubatan) di hospital kerajaan yang berpakar.
    • Pakar perubatan keluarga di Klik Kerajaan
  3. Hadir ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berdekatan untuk memohon sijil digital pengecualian vaksin.
  4. Sijil anda akan diproses dalam tempoh 7 hari oleh MySejahtera.

Sila rujuk infografik di bawah untuk maklumat lanjut:

Sijil pengecualian vaksin mysejahtera

Baca juga: Lebih 50 Kakitangan Positif Covid-19, Hotel Di Langkawi Diarah Tutup

Sijil digital pengecualian vaksin akan diperolehi dalam tempoh seminggu jika permohonan lengkap.

Secara alternatif, pakar perubatan juga boleh menasihati pemohon untuk mendapatkan vaksin jenis lain yang bersesuaian dengan individu tersebut.

Namun jika tidak boleh menerima vaksin, SOP yang lebih ketat perlu dipatuhi secara kendiri.

Infografik oleh BERNAMA