Jenis Garam Di Dunia – Yang Mana Satu Banyak Manfaat?

Jenis Garam Di Dunia – Yang Mana Satu Banyak Manfaat?

Garam adalah merupakan salah satu bahan penting yang diperlukan dalam setiap masakan.

Namun begitu,  penggunaan garam dalam masakan perlulah  dalam kuantiti yang diperlukan sahaja. Pemilihan jenis garam yang betul juga amat penting bagi mengurangkan risiko terkena penyakit berbahaya disebabkan oleh konsumsi garam yang berlebihan. 

Tahukah anda, terdapat pelbagai jenis garam di dunia ini yang anda boleh jadikan pilihan dalam penggunaan harian anda terutamanya untuk memastikan masakan anda sihat. Jom teruskan membaca.

Jenis Garam

BACA JUGA: 10 Jenis Pisang Yang Boleh Dijumpai Di Malaysia & Faktanya

Jenis Garam Yang Ada Di Dunia

1. Garam Laut

Garam laut adalah merupakan salah satu jenis garam yang sering digunakan dalam masakan dan juga bidang kosmetik.

Garam ini dihasilkan dari penguapan air laut dan mempunyai pelbagai manfaat selain menyedapkan makanan, contohnya berupaya melindungi kulit, meningkatkan kesihatan gigi, menjaga keseimbangan elektrolit dalam tubuh dan sebagainya. 

2. Garam Halus

Garam halus mempunyai tekstur yang sangat halus dan mudah sangat mudah larut di dalam air. Ia juga dikenali sebagai garam meja.

Garam jenis ini merupakan endapan garam yang berada di bawah tanah dan mempunyai kandungan natrium klorida yang tinggi. Ia sangat sering digunakan dalam masakan untuk menambah rasa. 

Dari segi tekstur, garam jenis ini memang lebih halus dan berwarna putih. Tidak seperti garam laut, garam ini tidak semasin garam laut.

3. Garam Kosher

Garam kosher mempunyai tekstur seperti gula. Butirannya lebih besar daripada butiran garam yang biasa dijumpai.

Meski butirannya lebih besar, akan tetapi garam ini memiliki berat yang lebih ringan daripada garam pada umumnya. Ia sering digunakan untuk mengeluarkan darah daripada permukaan daging. 

4. Garam Abu-Abu

Seperti namanya, garam jenis ini berwarna kelabu. Garam jenis ini baik untuk melancarkan pernafasan serta menstabilkan tekanan jantung.

4. Garam Hawai

Berbeza dengan garam yang lain, garam hawai pula cenderung berwarna kecoklatan. Warna tersebut timbul karena ada campuran tanah liat gunung berapi dengan air laut. Untuk pengetahuan anda, garam ini mengandung 80 mineral yang baik untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh. 

5. Garam Hawai Lava Hitam

Garam lava hitam ialah garam kemasan dengan warna hitam pekat berkilat yang tersendiri, mempunyai butiran bijian yang kasar dan rasa ‘smoky’. Garam jenis ini adalah gabungan garam laut (Hawaii atau Cyprus) dengan arang aktif.

Garam jenis ini biasa digunakan sebagai hiasan pada makanan saja. Anda boleh cuba taburkan di atas ikan seperti halibut atau tuna, kentang bakar, sayur akar panggang atau pucuk Brussels dan sebagainya. 

6. Garam Namak

Garam namak berasal dari pergunungan Himalaya. Ia mempunyai warna hitam kemerah-merahan setelah melalui proses pengolahan. Biasanya, garam jenis ini seringkali menjadi pilihan untuk individu yang vegetarian. 

7. Garam Pink Himalaya

Garam pink Himalaya ini berasal dari Himalaya dan mempunyai warna pink yang cukup unik. Garam pink ini memiliki kandungan yang hampir sama dengan garam hawai, iaitu 80 mineral baik yang bermanfaat untuk menyeimbangkan PH dalam tubuh.

Untuk individu yang mempunyai masalah sakit otot dan tekanan darah tinggi, anda digalakkan untuk menggunakan garam ini dalam masakan. Selain itu, anda juga boleh campurkannya ke dalam air untuk rendaman kaki. 

Jenis Garam

8. Garam Fleur de Sel

Garam jenis ini juga terhasil daripada air laut. Ia mempunyai kandungan mineral yang agak  tinggi menyebabkan ia kerap dijadikan salah satu sumber energi.

9. Garam Cyprus Lava Hitam

Garam cyprus lava hitam juga memiliki warna hitam sama seperti garam namak dan garam hawai lava hitam. Garam ini memiliki manfaat yang baik untuk paru-paru, detoks, serta membantu mencegah terjadinya krem otot.

10. Garam Truffle

Garam truffle merupakan campuran garam laut dan cendawan ascomycetes. Garam jenis ini tidak hanya digunakan sebagai penyedap rasa saja, tapi juga sebagai sumber protein dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

BACA JUGA: Jenis Ikan Yang Biasa Dimakan & Didapati Di Malaysia

Kesimpulan 

Pengambilan garam harian yang disarankan adalah 5gram sehari atau bersamaan 1 paras sudu teh.

Jangan lupa untuk meneliti satu-persatu manfaat pelbagai jenis garam yang disenaraikan di atas agar anda dapat memaksimakan manfaatnya.

Namun menurut KKM, garam halus, garam kasar, garam buluh, garam bukit hatta garam himalaya sekalipun, kesemua jenis garam ni lebih kurang sama sahaja kandungan sodiumnya.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Apapun, elakkan penggunaan garam secara berlebihan terutamanya dalam masakan agar kesihatan anda lebih terjamin. 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: