CUEPACS Gesa Kenaikan Gaji Minimum RM1,800 Untuk Penjawat Awam

gaji minimum penjawat awam 2022

CUEPACS | Gesa Laksana Tiga Langkah Bantu Penjawat Awam

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan melaksanakan 3 langkah untuk membantu penjawat awam yang kini terkesan akibat kenaikan harga barang.

Presidennya Datuk Adnan Mat berkata, langkah itu termasuk melaksanakan gaji minimum penjawat awam RM1,800 menaikkan dua tahap kenaikan gaji tahunan (KGT) dan melaksanakan sistem saraan baharu yang lebih berkesan.

“Kami tetap berterima kasih kepada kerajaan kerana melaksanakan beberapa langkah utama tangani kenaikan harga barang, tetapi pada masa ini masih tidak mampu membantu kami menghadapi situasi itu dengan kedudukan kewangan dan gaji kami sekarang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bersama Penjawat Awam dihadiri kira-kira 600 orang di sini hari ini.

Sumber: Berita RTM

Adnan berkata, pelaksanaan gaji minimum RM1,800 dalam sektor awam akan diikuti oleh sektor swasta yang seterusnya akan dilaksanakan secara menyeluruh dan lancar.

Katanya, gaji minimum itu juga akan memudahkan kerajaan mencapai sasaran pendapatan isi rumah RM10,000 sebulan bagi mencapat matlamat menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2025 dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Mengenai cadangan sistem saraan baharu, Adnan berkata, Sistem Saraan Malaysia (SSM) sedia ada telah berusia kira-kira 20 tahun dan dilihat tidak berkesan dalam membantu penjawat awam dalam situasi masa kini.

gaji minimum penjawat awam

“Diharap kerajaan menimbang cadangan kami untuk sebuah sistem saraan sektor awam yang baharu iaitu antaranya termasuk gaji minimum, peningkatan KGT, kenaikan pangkat dan gred, serta gred minimum 19 bagi memberi pendapatan lebih selesa dan adil untuk membantu penjawat awam,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Baca juga: