Perintah Gaji Minimum RM1500 Sebulan Mulai 1 Mei 2022 – Warta Kerajaan Persekutuan

PELAKSANAAN KADAR GAJI MINIMUM RM1500 SEBULAN MULAI 1 MEI 2022

KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1500 sebulan mulai 1 Mei 2022 di seluruh negara.

Perdana Menteri, DS Ismail Sabri Yaakob berkata penetapan itu dibuat susulan kos sara hidup semakin meningkat yang akan menekan golongan B40. 

Sebelum ini, kajian semula gaji_minimum telah dijalankan selaras dengan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 yang mana ia perlu dikaji sekali dalam dua tahun.

Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) dipertanggungjawabkan membuat kajian dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk kestabilan ekonomi, rangsangan Keluaran Dalam Negara Kasar, kos dan standard kehidupan rakyat.

Kali terakhir gaji minimum dinaikkan pada 1 Februari 2020, dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan.

GAJI MINIMUM 2022

Ringkasan Perintah Gaji Minimum 2022

GAZET KERAJAAN MALAYSIA – Perintah Gaji _Minimum 2022

Kadar gaji minimum hendaklah tidak kurang daripada RM1,500

Berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022 hendaklah terpakai kepada pekerja yang diambil bekerja oleh:

(a) majikan yang menggaji lima atau lebih pekerja; dan

(b) tanpa mengira bilangan pekerja yang diambil bekerja, majikan yang menjalankan aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah Klasifikasi Standard Pekerjaan Malaysia (MASCO)

Berkuatkuasa mulai 1 Januari 2023, hendaklah terpakai kepada pekerja yang diambil bekerja oleh majikan yang menggaji kurang daripada lima pekerja.

Nota:

Dikecualikan untuk majikan yang kurang daripada 5 pekerja – mereka diberi hingga 1 Mei 2023 untuk patuhi

Majikan yang menjalankan kerja profesional tidak mendapat pengecualian di atas.

Rujuk lampiran penuh:

Baca juga:

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun PERINTAH GAJI_MINIMUM WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN 2022 :

Atau

Rujuk Perintah Gaji Minimum 2020 sepenuhnya di sini: https://www.mohr.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: