Diskaun Saman JPJ & PDRM 80% Dilanjutkan Hingga 31 Disember 2021
DISKAUN SAMAN JPJ & PDRM TERKINI (9-31 DISEMBER 2021)
Bersempena dengan Sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan PENGURANGAN BAYARAN SAMAN (Diskaun Saman).
Semoga warga Malaysia memperoleh manfaat daripada pengurangan saman ini.
Diskaun Saman JPJ & Polis Sempena Hari Aspirasi Keluarga Malaysia 2021
Bersempena dengan sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan pengurangan bayaran saman. Bagi saman yang dikeluarkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya ditawarkan pengurangan sehingga 80%, manakala selain daripada itu, ditawarkan diskaun sehingga 70%.
Saman PDRM
- Tarikh : Mulai 9 Disember hingga 31 Disember (Telah dilanjutkan)
- Kaedah pembayaran secara online dan manual melalui:
- Kaunter bayaran di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
- Portal dan aplikasi mudah alih MyBayar Saman
- Semua kaunter bayaran trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Daerah seluruh negara
Semua saman LAYAK mendapat diskaun KECUALI:
- Saman Kemalangan Tahun 2021
- Saman Berstatus NC (Non-Compoundable)
- Saman Berstatus Bicara Mahkamah
- Saman Berkait Kenderaan Lori
- Saman Kesalahan Potong Secara Berbahaya / Potong ‘Q’ Tahun 2021
- Saman Kesalahan Menggunakan Lorong Keceasan Tahun 2021
- Saman Kesalahan Melanggar Lampu Isyarat Merah Tahun 2021
- Saman Kesalahan Potong Garisan Berkembar Tahun 2021
- Saman Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos Kenderaan
Saman JPJ
JPJ juga menawarkan diskaun 80% pengurangan kadar kompaun saman yang boleh dikompaun (kecuali kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan) dari 9 hingga 31 Disember 2021 ini.
Pembayaran saman secara online ditawarkan secara manual atau online melalui MySikap JPJ.
Rujuk cara daftar MySikap melalui artikel berikut: MySikap JPJ: Panduan Daftar Pengguna Kali Pertama Tanpa Ke Kaunter
Anda juga boleh kunjungi kaunter JPJ (Booth No.15 – Kementerian Pengangkutan Malaysia) di Hall 1 & 4, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 – 12 Disember 2021 dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam.
Cara Semakan Saman Online
Perkhidmatan digital, MyBayar Saman yang baru dilancarkan ini bertujuan memudahkan pengguna melakukan bayaran saman trafik dengan mudah terus kepada pihak PDRM secara atas talian (online).
Anda hanya perlu mendaftar sebagai pengguna dan selepas itu anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang ditawarkan seperti membuat semakan saman dan pembayaran secara atas talian.
Untuk membuat semakan sama ada anda mempunyai saman tertunggak atau saman trafik yang berkenaan, sila layari pautan https://mybayar.rmp.gov.my atau muat turun aplikasi MyBayar Saman melalui Google Playstore atau iOS Store.
*NOTA: DISKAUN SAMAN YANG DINYATAKAN DI ATAS TERTAKLUK KEPADA PEMBAYARAN MANUAL SAHAJA
Cara Pendaftaran MyBayar Saman
Untuk mendapatkan diskaun saman ini, anda hanya perlu mendaftar sebagai pengguna melalui 2 cara berikut:
Orang ramai boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui :
i) Portal – https://mybayar.rmp.gov.my
ii) Google playstore – https://play.google.com/store/apps/details…
iii) Apple store – https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016
iv) Huawei Appstore – https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205
Terdapat 3 langkah yang perlu diambil untuk menggunakan portal dan aplikasi berkenaan iaitu Pendaftaran, Semakan dan Pembayaran.
Di mana menerusi Pendaftaran, pengguna perlu memasukkan maklumat diri yang diperlukan, isi pengesahan OTP dan login masuk portal / aplikasi berkenaan.
Menerusi Semakan pula, pengguna boleh menyemak saman yang hendak dibayar. Notifikasi saman juga akan dipaparkan sekiranya mempunyai saman baharu.
Seterusnya pengguna boleh memilih mod transaksi dalam laman Pembayaran untuk melangsaikan saman terbabit.
Baca juga: Cara Print Dokumen Terus Dari Handphone Ke Printer Tanpa Laptop & PC
PDRM berharap pengurangan kompaun saman ini akan membantu orang ramai yang terkesan dalam menjelaskan saman-saman mereka yang tertunggak pada masa sukar pandemik Covid-19 ini.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk IPD PDRM setiap negeri masing-masing.