MyBayar Saman: Semakan Saman PDRM & Bayaran Online
SEMAKAN & BAYARAN SAMAN MELALUI PORTAL DAN APLIKASI MYBAYAR SAMAN
Tahukah anda, saman yang tertunggak boleh mengakibatkan pesalah disenarai hitam dan dikeluarkan waran tangkap sehingga mengakibatkan pengguna tidak dibenarkan memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.
Pengguna hanya akan dikeluarkan dari senarai setelah menyelesaikan semua saman tertunggak.
Jadi, jangan ‘peram’ lama-lama kalau ada banyak saman yang perlu dijelaskan.
Kadangkala mungkin ada yang tak perasan dan lupa saman-saman yang dulu.
Jadi, anda bolehlah buat semakan melalui laman web MyBayar Saman ini tanpa perlu keluar rumah dan beratur panjang di kaunter.
Baca juga: Senarai Pelepasan Cukai 2022 Untuk e-Filing
Cara Pendaftaran MyBayar Saman
Untuk mendapatkan diskaun saman ini, anda hanya perlu mendaftar sebagai pengguna melalui 2 cara berikut:
- Portal MyBayarSaman : https://mybayar.rmp.gov.my
- Muat turun aplikasi di Google playstore atau Apple store
Terdapat 3 langkah yang perlu diambil untuk menggunakan portal dan aplikasi berkenaan iaitu Pendaftaran, Semakan dan Pembayaran.
Di mana menerusi Pendaftaran, pengguna perlu memasukkan maklumat diri yang diperlukan, isi pengesahan OTP dan login masuk portal / aplikasi berkenaan.
Menerusi Semakan pula, pengguna boleh menyemak saman yang hendak dibayar. Notifikasi saman juga akan dipaparkan sekiranya mempunyai saman baharu.
Seterusnya pengguna boleh memilih mod transaksi dalam laman Pembayaran untuk melangsaikan saman terbabit.
Langkah pendaftaran dan bayaran saman di portal ini boleh dirujuk melalui perkongsian Atikah Puat di bawah ini.
1. Daftar terlebih dahulu. Tekan butang NEW USER SIGN UP.
Isikan maklumat asas dan tunggu pengesahan OTP untuk pendaftaran.
2. Setelah selesai membuat pendaftaran, sila login.
Kemudian, buat semakan saman jika ada.
3. Buat bayaran secara online.
4. Simpan resit untuk rujukan.
NOTA: Terdapat 3 notifikasi yang akan diterima jika anda berjaya membuat bayaran :
- Notifikasi transaksi dari bank pengeluar kad anda melalui khidmat pesanan ringkas, e-mel atau applikasi mobil.
- Resit pembayaran (dalam talian) dari portal / applikasi MyBayar Saman.
- Kod pengesahan transaksi dari portal bayaran kad.
(Kredit: Atikah Puat)
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk infografik di bawah:
Pesalah perlu pergi ke cawangan trafik yang mengeluarkan saman dan seterusnya membuat aduan di bahagian trafik untuk penafian.
Pesalah perlu memberi maklumat jenis kenderaan yang menggunakan no pendaftaran sama. Setelah aduan selesai, pesalah dinasihatkan memeriksa mana-mana cawangan trafik atau portal MyBayar sama ada saman telah dibatalkan.
Kesan daripada meninggalkan saman yang belum dijelaskan boleh mengakibatkan pesalah disenarai hitam dan dikeluarkan waran tangkap sehingga mengakibatkan pengguna tidak dibenarkan memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.
Pengguna hanya akan dikeluarkan dari senarai setelah menyelesaikan semua saman tertunggak.
Maklumat Lanjut
Untuk info lanjut, sila layari portal MyBayar Saman atau muat turun aplikasi MyBayarSaman PDRM di saluran berikut:
i) Portal – https://mybayar.rmp.gov.my
ii) Google playstore – https://play.google.com/store/apps/details…
iii) Apple store – https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016
iv) Huawei Appstore – https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205