Doktor Terlibat Sindiket ‘Jual Anak Angkat’, Daftar Sebagai Anak Kandung

Dua individu termasuk seorang doktor yang terlibat dalam pemalsuan lebih 200 rekod maklumat kelahiran sejak 2009 dan sindiket anak angkat ditahan semalam.

Perkara ini telah diumumkan melalui sebuah siaran media Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan turut dikongsikan melalui media sosial Facebook hari ini.

Sindiket anak angkat
Foto kredit: JPN

Melalui kenyataan media tersebut, modus operandi sindiket ini menawarkan anak angkat kepada pasangan tiada anak dan didaftarkan sebagai anak kandung.

Doktor yang terlibat telah menandatangani dan mengesahkan borang kelahiran LM01.

Sindiket kemudiannya akan memasukkan maklumat kelahiran seolah-olah anak tersebut dilahirkan oleh pasangan tersebut.

Kemudian, agen bersama-sama pasangan akan bersama-sama menguruskan pendaftaran kanak-kanak ini di JPN.

Difahamkan bayi yang didaftarkan ini tidak diketahui ibu kandung mereka dan diberikan kepada pasangan yang telah diaturkan oleh pihak sindiket.

Sindiket akan mengenakan bayaran antara RM8,000 dan RM20,000 bagi setiap urusan.

Difahamkan kes ini telah dijejaki sejak tahun 2009 di sebuah klinik bersalin swasta di Petaling Jaya.

Kini kanak-kanak yang terlibat telah berumur dalam lingkungan 12-16 tahun dan semua rekod kelahiran mereka telah disenarai hitamkan.

Ibu bapa kanak-kanak yang terlibat juga diseru agar memberi kerjasama dalam hal ini dan sekiranya gagal berbuat demikian, JPN akan menjejaki dan mengesan mereka.

Baca juga: Cara Mohon Elaun Pindah Rumah Penjawat Awam (Beli Rumah LPPSA)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Sidang Media Ketua Pengarah JPN di bawah:

Sumber: Ketua Pengarah JPN

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: