Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam Dan Pesara 2023

Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam & Pesara Kerajaan 2023 ~ Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan beberapa inisiatif  baru bagi memacu perkembangan ekonomi negara disamping membantu ekonomi rakyat dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI baru- baru ini. 

Salah satu inisiatif yang diumumkan ialah Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

BACA JUGA: Kredit eTunai RM100 (B40 & M40): Cara Memohon & Syarat Kelayakan

Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam & Pesara Kerajaan 

Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam & Pesara Kerajaan yang diumumkan ini akan disalurkan dalam tempoh dua minggu. 

Pemberian ini adalah sebagai permulaan sementara menunggu proses pelarasan gaji dan elaun penjawat awam selesai diperincikan yang dijangkakan siap pada sekitar minggu pertama atau minggu kedua bulan Ogos. 

Bantuan khas penghargaan penjawat awam ekonomi madani

Bukan itu sahaja, bantuan khas ini juga diberikan adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dan diharap bantuan khas ini juga dapat menyuntik semangat para penjawat awam untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik sekaligus melaksanakan pembaharuan Ekonomi Madani.

Sebanyak 1.3 juta penjawat awam termasuk latihan kontrak serta lebih sejuta pesara bakal menerima manfaat ini. 

Jumlah Bantuan

Kerajaan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak. 

Selain itu, bantuan khas penghargaan sebanyak RM200 pula akan diberikan kepada pesara kerajaan, termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam Dan Pesara 2023

BACA JUGA: Tarikh Gaji 2023 Untuk Penjawat Awam (Dikemaskini)

Lain-lain Inisiatif Yang Diumumkan

  1. Pemberian Kredit e-tunai RM100 kepada rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
  1. Biasiswa dan pendidikan sekolah berasrama penuh akan mengutamakan golongan berpendapatan rendah
  1. Peruntukan sebanyak RM400 juta akan ditambah untuk pinjaman mikro di bawah agensi termasuk SME Corp, Tekun, MARA dan Teraju. 
  1. Kerajaan akan menumpukan usaha untuk mengantarabangsakan syarikat pemula dan PKS tempatan. 
  1. Belanjawan MADANI 2024 bakal mengandungi lebih 70 inisiatif untuk perniagaan mikro dan kecil, menumpu kepada akses pinjaman, jaminan pembiayaan. 
  1. Pengukuhan kewangan Islam akan menekankan pembiayaan ekuiti termasuk venture capital, equity crowdfunding dan ekonomi digital Islam, kewangan sosial Islam termasuk zakat, wakaf dan sadaqah, serta kaedah blended finance. 
  1. Kerajaan mengalu-alukan syarikat pemula Malaysia seperti PolicyStreet, Dropee, Lapasar, dan Funding Societies yang boleh menjadi agen perubahan sektor PMKS melalui penyediaan pembiayaan alternatif seperti equity crowdfunding. 
  1. Kerajaan akan melaksanakan dasar yang menyokong peningkatan upah berbanding KDNK kepada tahap 45 peratus selaras tahap negara lebih maju.
  1. Kerajaan berhasrat laksanakan levi pekerja asing berperingkat dengan sebahagian peningkatan hasil levi dikhususkan untuk program automasi serta latihan untuk pekerja tempatan.
  1. Kerajaan akan melaksanakan dasar perindustrian mengikut geografi iaitu pengkhususan aktiviti dan pelaburan mengikut wilayah supaya sejajar dengan kelebihan serta tahap pembangunan setiap wilayah.
  1. Jaminan kerajaan sehingga RM5 bilion di bawah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan untuk bantu rakyat miliki rumah. 

Maklumat Lanjut

Sekirannya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat labih lanjut, sila rujuk Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Atau, ikuti Twitter Rasmi Perdana Menteri (@anwaribrahim) untuk maklumat terkini.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: