Peningkatan 160% Kes Covid-19 Kanak-kanak Membimbangkan – KKM

SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA (17 FEBRUARI 2022)

Tren peningkatan kes COVID-19 baharu melebihi angka 10,000 sehari dicatatkan pada 6 Februari 2022 sebanyak 10,089 kes.

Walaupun peningkatan mendadak yang diperhatikan, purata kematian harian mingguan disebabkan COVID-19 tidak menunjukkan peningkatanketara berbanding sewaktu kemuncak kes yang dicatatkan pada bulan Ogos 2021.

• Purata 13 kes kematian sehari dicatatkan pada Minggu Epidemiologi (ME) 5/2022 berbanding purata 345 kes kematian sehari pada kemuncak gelombang varian Delta (ME 32/2021)

• KKM juga telah mula melihat peningkatan bilangan kemasukan pesakit COVID-19 ke dalam hospital. Dalam tempoh tujuh (7) hari, peningkatan bilangan kes positif COVID-19 sebanyak 109 peratus dan peningkatan kemasukan ke hospital dalam kalangan pesakit COVID-19 sebanyak 42 peratus.

• Dos penggalak bukan jaminan tidak dijangkiti COVID-19, tapi bantu cegah gejala serius akibat COVID-19

• Kes kategori tiga, empat dan lima dapat dikurangkan dengan pengambilan dos penggalak

• Malaysia catat peningkatan 160 peratus kes COVID-19 di kalangan kanak-kanak bagi minggu kelima hingga minggu keenam tahun ini

• Helpdesk secara fizikal bermula di PPV WTC KL pada 19 Feb dan PPV IDCC Shah Alam pada 26 Feb diwujudkan bagi selesai masalah teknikal berkaitan MySejahtera

• Tiada perancangan untuk dos keempat vaksin COVID-19 buat masa ini, KKM fokus pemberian dos penggalak

Peningkatan Kes Kanak-kanak 160%

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan peningkatan sehingga 160 peratus kes COVID-19 melibatkan kanak-kanak di negara ini dan ia disifatkan sangat membimbangkan.

“Pada minggu kelima tahun ini, kita ada 6,524 kes COVID-19 kanak-kanak daripada bayi baru lahir hingga 11 tahun.

“Pecahan sebanyak 2,282 daripada usia baru lahir hingga 4 tahun, dan 4,242 usia lima hinggga 11 tahun.

“Untuk minggu keenam pula, 16, 959 kes direkodkan. Ia melibatkan 10,796 (5-11 tahun), dan 6,163 (baru lahir hingga usia empat tahun),” katanya dalam sidang media, hari ini.

Sumber: BERNAMA TV

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: