Tema Hari Guru 2023, Guru Insani Pemangkin Generasi Madani

Apakah tema Hari Guru bagi tahun 2023?

Guru adalah merupakan insan yang paling banyak berkorban untuk mendidik anak bangsa. Untuk menghargai jasa dan pengorbanan mereka, sambutan Hari Guru diadakan pada setiap tahun, 16 Mei dengan tema khusus setiap tahun. 

Tema Hari Guru 2023

Sambutan Hari Guru sangat dinantikan oleh para pelajar dan guru. Tema sambutan hari guru untuk tahun 2023 yang telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah “Guru Insani Pemangkin Generasi Madani”.

Tema ini telah diumumkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada awal bulan Mac yang lalu. Untuk pengetahuan anda, tema hari guru ini telah dipilih berdasarkan cadangan-cadangan yang diberikan oleh orang ramai melalui program yang dianjurkan oleh pihak KPM berdasarkan konsep & fokus yang ditetapkan. 

Tema Hari Guru 2023

BACA JUGA: Permohonan PISMP 2023: Pengambilan Calon Guru Lepasan SPM

Konsep Tema Hari Guru 2023

Konsep tema Hari Guru pada tahun 2023 adalah; membangkitkan roh dan jiwa guru ke arah memartabatkan profesion keguruan berteraskan Falsafah Pendidikan Guru untuk pembinaan negara bangsa.

Selain itu, fokus yang ditetapkan ialah; “Kesediaan guru mendukung aspirasi Falsafah Pendidikan Guru dengan memberi penekanan kepada:

  • Jati Diri dan Kenegaraan
  • Roh dan Jiwa Guru
  • Pengetahuan dan Kemahiran

Objektif Sambutan

Tema Hari Guru 2023
  • Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.

BACA JUGA:Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2023 & Cuti Sekolah Tambahan KPM

Sejarah Tema Hari Guru

2013 – Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda

2014 – Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi

2015 – Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

2016 – Guru Pembina Negara Bangsa

2017 – Guru Pembina Negara Bangsa

2018 – Guru Pemacu Transformasi Pendidikan

2019 – Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi

2020 – Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

2021 – Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

2022 – Guru Tunjang Sekolah Sejahtera

2023 – Guru Insani Pemangkin Generasi Madani

Logo & Huraian Tema

Maklumat mengenai logo, huraian tema Hari Guru 2023 dan perkara berkaitan akan dikemaskini dari masa ke semasa. 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: