PEMAKLUMAN IKLAN PERMOHONAN LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2021 KE PROGRAM MATRIKULASI DAN PISMP (PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI SESI AMBILAN 2022
KPM ingin memaklumkan bahawa permohonan akan dibuka mulai 15 Mac hingga 15 April 2022 bagi program berikut:
- Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan 2022,
- Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke Luar Negara
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa warganegara Malaysia lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019, 2020 dan 2021 yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) DAN PROGRAM PELAJAR CEMERLANG (PPC) PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2022
Apakah PISMP?
1.1 Nama Program: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
1.2 Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
1.3 Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau tiga (3) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.4 Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau dua belas (12) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.5 PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Sepenuh Masa.
SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
- 2.1 Warganegara Malaysia.
- 2.2 Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2022 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2002.
- 2.3 Sihat tubuh badan.
- 2.4 Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- 2.5 Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.
- 2.6 Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:i. Bahasa Melayu; ii. Sejarah; daniii. Bahasa Inggeris
- 2.7 Memenuhi syarat bidang pengkhususan. (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan online) LAMPIRAN A
2. PENGAMBILAN CALON GURU TAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PROGRAM PELAJAR CEMERLANG (PPC) PENDIDIKAN ISLAM AMBILAN TAHUN 2022
A. | 1. BIDANG BAHASA ARAB (LUGHAH)2. BIDANG PENGAJIAN ISLAM (DIRASAT ISLAMIAH) 3. BIDANG TAHFIZ (AL-QURAN WAL QIRAAT) |
Bagi calon yang berminat memohon Program Pelajar Cemerlang (PPC) Pendidikan Islam, calon juga perlu mengemukakan permohonan menyambung pengajian ke Timur Tengah daripada Bahagian Education Malaysia melalui pautan berikut : https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah Adalah diingatkan kepada semua calon kegagalan mengemukakan permohonan ke Bahagian Education Malaysia boleh menyebabkan tawaran terbatal sekiranya ditawarkan. |
*Maklumat lanjut: Buku Panduan Program PISMP dan PPC 2022
Permohonan PPC 2022
Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke Luar Negara memberi peluang kepada pelajar untuk meneruskan pengajian ke luar negara.
Antara syarat asas permohonan adalah:
- Warganegara Malaysia
- Memperoleh sekurang-kurangnya tujuh (7) gred cemerlang dalam SPM.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan dibuat.
- Calon mesti sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga.
Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
Baca juga: HPIPT 2022: Permohonan Insentif RM1,000 Untuk Pelajar Masuk IPT
Maklumat Lanjut
Maklumat boleh didapati dari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia https://pismp.moe.gov.my/ atau Soalan Lazim (FAQ): https://pismp.moe.gov.my/spcg_faq.cfm