in

Semakan eUKCG : Pengambilan Khas Guru Kontrak myPDPPP

semakan eukcg
ADVERTISEMENT

myPDPP: Pengambilan Khas Guru Kontrak DG41 One-off / Semakan eUKCG

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui persetujuan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) dengan ini mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memohon dalam Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Contract of Service (CoS) di sekolah-sekolah KPM seluruh negara.

guru kontrak mypdpp

KETERANGAN PROGRAM PERMOHONAN GURU KONTRAK MELALUI MYPDPP

1.1. Nama jawatan:
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service).

1.2. Pengambilan Khas PPP bagi penempatan di:
A. Sekolah Kebangsaan (SK);
B. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC); dan
C. Sekolah Menengah (Aliran Perdana/ Teknik dan Vokasional).

Rujuk opsyen dalam lampiran di bawah:

ADVERTISEMENT

| OPSYEN TAWAR | AKADEMIK VS OPSYEN TAWAR |

Syarat-syarat Lantikan PPP Gred DG41 (Contract Of Service)

Syarat-syarat lantikan PPP Gred DG41 (Contract Of Service):

1) Syarat kelayakan asas:

i. Warganegara Malaysia;

ii. Sihat tubuh badan;

iii. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari Universiti Awam (UA)/ Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dalam dan luar negara dalam opsyen berkaitan sahaja yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK/ CGPA minimum 2.50;

iv. Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan;

v. Bagi opsyen Bahasa Inggeris, perlu mencapai sekurangkurangnya Band C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference (CEFR) atau Band 5 dalam peperiksaan Malaysian University English Test (MUET);

vi. Bagi pemohon semua opsyen di SJKC (kecuali Bahasa Melayu/ Pendidikan Islam/ Bahasa Inggeris) perlu memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM;

vii. Bagi pemohon opsyen Tahfiz, perlu memiliki Sijil Tahfiz Malaysia atau Diploma Tahfiz yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; dan

viii. Bagi pemohon opsyen Bahasa Semai calon perlulah:
a) Memiliki kelulusan dalam bidang Bahasa Semai; atau
b) Memiliki kelulusan bukan dalam bidang Bahasa Semai tetapi penutur asli (native speaker) dalam bahasa tersebut; atau
c) Memiliki kelulusan bukan dalam bidang Bahasa Semai tetapi mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa tersebut.

Maklumat Jawatan Guru Kontrak DG41

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service):

1) Jawatan/ Gred: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service);

2) Gaji permulaan RM 2,188.00;

3) Pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service) adalah tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2008 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2016; dan

4) Layak menerima caruman PERKESO berdasarkan surat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) rujukan PKJ:KJ.208/KPM bertarikh 24 April 2019 dan surat Jabatan Perkhidmatan Awam rujukan JPA.600-12/1/11(29) bertarikh 16 Mei 2019.

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

a) Calon yang sedang berkhidmat secara tetap dengan Kerajaan Malaysia tidak layak memohon sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 (Contract of Service);

b) Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti DPLI Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah kelolaan KPM;

c) Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak dan tidak mendapat pelepasan daripada pihak tersebut;

d) Calon yang diisytiharkan bankrap;

e) Calon yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan bagi skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan; dan

f) Calon yang diberhentikan dari perkhidmatan Kerajaan kerana tindakan tatatertib atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/ penyalahgunaan dadah/ ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Cara Permohonan Pengambilan Khas Guru Kontrak DG41 One-off Melalui myPDPP

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari portal IPGM di alamat: https://mypdpp.moe.gov.my mulai 27 September 2021 (Isnin); dan

b) Calon yang didapati memberi maklumat yang salah/ tidak benar/ manipulasi maklumat dalam permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang.

Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari temu duga, semasa lapor diri bertugas dan selama tempoh kontrak.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh permohonan dibuka adalah pada 27 September 2021.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Oktober 2021 (Ahad) sebelum jam 11.59 malam.

Makluman Penting

a) Pemohon yang layak perlu menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum ditemu duga bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 (Contract of Service);

b) Pemohon yang lulus temu duga dan ditawarkan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service) hendaklah bersetuju dan patuh dengan syarat-syarat di dalam surat tawaran serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa untuk berkhidmat di mana-mana sekolah sama ada di kawasan bandar atau
pedalaman;

c) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service) yang tiada ikhtisas pendidikan diwajibkan mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) secara Kursus Dalam Cuti yang akan dikendalikan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bagi
mendapatkan ikhtisas pendidikan dengan pembiayaan sendiri dalam tempoh kontrak dan layak menuntut elaun perjalanan untuk menghadiri kursus tersebut tertakluk peruntukan semasa Jabatan;

d) Hanya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service) yang telah menamatkan dengan jayanya Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) secara Kursus Dalam Cuti di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan memperolehi ikhtisas pendidikan sahaja akan diperakukan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) untuk dipertimbangkan pelantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41;

e) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service) dikehendaki berkhidmat sekurang-kurangnya dua (2) tahun di sekolah yang ditetapkan dan tidak akan dipertimbangkan sebarang permohonan pertukaran sepanjang tempoh kontrak;

f ) Semakan berhubung kelayakan menduduki UKCG, panggilan temu duga boleh dibuat di laman web IPGM (https://mypdpp.moe.gov.my); dan

g) Semua pemohon perlu mendapatkan surat pengiktirafan ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk dibawa semasa menghadiri temu duga yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat:
http://www2.mqa.gov.my/mqr/; atau
http://www2.mqa.gov.my/esisraf/

Tarikh Semakan Keputusan e-UKCG & Temuduga CoS

Semakan Keputusan e-UKCG 2021

Untuk makluman, calon-calon diminta perhatian tarikh penting semakan kelulusan e-UKCG di bawah:

  • Semakan Keputusan e-UKCG : 28 Oktober 2021
  • Temuduga Saringan Temuduga Lantikan CoS: 1 hingga 14 November 2021

Semakan online boleh dibuat di pautan berikut: https://ukcg.moe.gov.my/

Maklumat Lanjut myPDPP

Sila layari http://ipgmkpm.net/mypdpp/ atau mypdpp.moe.gov.my untuk maklumat lanjut.

Jika ada pertanyaan berkaitan Program ini, sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan teknikal:

PUSAT HAL EHWAL PELAJAR (PHEP)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KPM

Aras 2, Blok 2250 
Jalan Usahawan 1 
63000 CYBERJAYA
No Telefon Pejabat : 03-8312 6666/
03-8312 6720/ 6730/ 6768/ 6627/ 6758/ 6693/ 6733

No Fax : 03-8312 6655

IKLAN PENGAMBILAN
TARIKH-TARIKH PENTING

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Permohonan Temujanji Online Bank Islam & Waktu Operasi Terkini

bayaran bpr tunai fasa 3

Makluman Bayaran BPR Fasa 3 / Rayuan Bagi Penerima Tunai Di BSN