Tarikh Cuti Hari Raya Aidilfitri 2023 & Cuti Sekolah Tambahan KPM

Tarikh Cuti Hari Raya Aidilfitri 2023 di Malaysia & Cuti Tambahan KPM

Bagi umat Islam di negara ini terutama kanak-kanak, malam 29 Ramadan ditunggu-tunggu kerana pada malam itu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengumumkan tarikh 1 Syawal menandakan Aidilfitri.

Pengumuman itu yang dibuat bagi seluruh negara disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 31 tahun lalu.

Pengumuman ini biasanya akan disiarkan secara langsung di siaran TV Nasional seluruh Malaysia.

Tahun lepas seluruh negara ‘terkejut’ dengan pengumuman Aidilfitri yang disambut sehari lebih awal , iaitu pada 2 Mei dan bukannya pada 3 Mei.

Bilakah agaknya tarikh Hari Raya Aidilfitri untuk tahun 2023 ini?

Jom kami kongsikan maklumat ini dengan anda.

Tarikh Jangkaan Hari Raya Aidilfitri 2023

Mengikut tarikh Hari Raya Aidilfitri / 1 Syawal yang ditetapkan oleh JAKIM adalah pada 22 APRIL 2023.*

Berikut disertakan sekali tarikh penting dalam Islam bagi tahun 2023 (JAKIM).

TARIKH HIJRITARIKH MILADIHARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAM
27 REJAB 144418 Februari 2023Israk dan Mikraj
*01 RAMADHAN 144423 Mac 2023* Awal Ramadan/Berpuasa
17 RAMADHAN 14448 April 2023Nuzul Al-Quran
*01 SYAWAL 144422 April 2023Hari Raya Puasa / Aidilfitri
01 ZULHIJJAH 144420 Jun 2023Awal Zulhijjah
*10 ZULHIJJAH 144429 Jun 2023* Hari Raya Korban / Aidiladha
01 MUHARRAM 144519 Julai 2023Awal Muharam / Maal Hijrah
12 RABI’ULAWAL 144528 September 2023Maulidur Rasul

Baca juga: Cara Semak Tarikh Lahir Mengikut Kalendar Islam (JAKIM)

Sumber: Panel Pakar Falak, JAKIM

CUTI SEKOLAH TAMBAHAN KPM SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2023

PUTRAJAYA, 11 April – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju memberikan cuti tambahan kepada semua guru dan murid pada 19 April ini.

Menurut Menterinya Fadhlina Sidek, ia bagi memudahkan urusan guru dan ibu bapa yang bertugas di negeri lain bagi membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

“Berita gembira yang saya ingin umumkan bahawa dengan ini 19 April, KPM mengumumkan cuti khas untuk semua warga KPM.”

“Kita ambil kira semua pandangan dan untuk kesejahteraan masing-masing khususnya guru-guru kita dan warga KPM untuk mengurus perjalanan pulang ke kampung.”

Beliau berkata demikian pada sidang media Forum Integriti dan Ikrar Bebas Rasuah KPM 2023 di Putrajaya.

Hari Raya 2023 kali ini jatuh dalam Cuti Penggal 1 Sekolah KPM.

Tarikh cuti bagi Negeri Kumpulan A adalah seperti berikut:

cuti hari raya 2023

KUMPULAN A

20 April 2023 (Khamis) hingga 29 April 2023 (Sabtu) – 9 HARI

KUMPULAN B

20 April 2023 (Khamis) hingga 30 April 2023 (Ahad) – 10 hari

*NOTA: 1 Mei adalah cuti Umum Hari Pekerja untuk SEMUA NEGERI di Malaysia

cuti hari raya 2023

Pada bulan Mei nanti, kita juga akan bercuti pada 1 Mei (Hari Pekerja) dan 4 Mei (Hari Wesak).

Sila rujuk www.kabinet.gov.my dan Akta 369 (Akta Hari Kelepasan Am 1951) berkenaan hal ehwal Hari Kelepasan Am,

dan sila rujuk www.moe.gov.my berkenaan Kalendar Akademik atau Cuti Perayaan Tambahan yang diperuntukkan oleh KPM.

Bagaimana Tarikh Hari Raya Aidilfitri Ditentukan?

Menurut JAKIM, Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat kali ke-92 pada 15-16 Mac 1972 telah bersetuju penetapan tarikh permulaan puasa, Aidilfitri dan Aidiladha berdasarkan kepada rukyah dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukyah (kebolehnampakan).

Bagi menyelaraskan penentuan tarikh puasa dan hari raya, Jawatankuasa Penetapan Awal Puasa dan Hari Raya dianggotai Jabatan Mufti Negeri, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) serta Jakim akan mengesahkan hitungan dibuat Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam.

Pengesahan hitungan itu kemudiannya disampaikan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui Setiausaha MKI berkenaan tarikh melihat anak bulan serta kedudukan anak bulan mengikut kiraan falak.

Di peringkat negeri pula, Jawatankuasa Melihat Anak Bulan ditubuhkan dan keanggotaan diketuai oleh Mufti Negeri, Kadi Daerah, Pengarah Jabatan Ukur (beragama Islam), wakil Jabatan Agama Islam dan seorang ulama atau ahli falak. Jawatankuasa ini berperanan melaksanakan cerapan hilal menggunakan peralatan seperti teodolit atau teleskop.

Kemudahan peralatan cerapan ini bergantung kepada lokasi cerapan dilaksanakan.

Pengesahan hilal kelihatan hanya boleh dibuat oleh ahli jawatankuasa yang dilantik membabitkan sekurang-kurangnya dua penyaksian.

Makluman itu disampaikan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia yang akan mempersembahkannya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Baca juga: 7 Amalan Wanita Haid Untuk Merebut Ganjaran Di Bulan Ramadan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang tarikh-tarikh penting dalam Islam, sila rujuk laman web JAKIM di atau Portal e-solat di https://www.e-solat.gov.my/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *