Kalori Makanan Hari Raya – Jom Ketahui Kalori Makanan Yang Anda Makan!
Kalori Makanan Hari Raya ~ Kemeriahan beraya saban tahun tidak dapat dinafikan dengan hadirnya pelbagai juadah istimewa. Lemang, ketupat, rendang, sate, laksa, serta bermacam-macam masakan tradisi termasuk beraneka kuih raya pasti dihidangkan.
Walaupun seronok beraya sambil menikmati pelbagai hidangan, jangan lupa amalkan amalan bersederhana untuk menjaga kesihatan anda. Untuk itu, jom tengok nilai kalori makanan hari raya yang selalunya dihidangkan seperti dibawah.
BACA JUGA: Cara Kira Kalori Makanan Harian Untuk Diet (Lelaki & Perempuan)
Kalori Makanan Hari Raya
A. Kalori Kuih Raya
Berikut ialah kalori beraneka kuih raya; (rujuk gambar)
B. Kalori Aneka Minuman Hari Raya
Berikut ialah kalori minuman di hari raya; (rujuk gambar)
C. Kalori Makanan Raya
Berikut ialah kalori beraneka juadah raya; (rujuk gambar)
BACA JUGA: 12 Idea Ucapan Selamat Hari Raya Kreatif & Mengikut Sunnah
Cara Menjaga Pemakanan Di Hari Raya
Untuk memastikan pemakanan anda kekal terjaga semasa hari raya, sentiasalah amalkan suku-suku separuh seperti yang disarankan.
Elakkan makan makanan yang tinggi lemak, tinggi gula dan seumpaMAnya dalam kuantiti yang terlalu banyak. Banyakkan minum air kosong, makan sayur-sayuran serta buah-buahan. Anda boleh rujuk panduan amalan suku-suku separuh di hari raya seperti gambar di bawah.
Cara Kekal Kurus Selepas Raya
1. Pastikan pengambilan kalori harian tidak melebihi kalori yang diperlukan.
2. Ikut konsep suku-suku separuh. Makan secara seimbang dan sederhana.
3. Hadkan minuman manis. Pilih air kosong berbanding minuman bergula.
4. Berpuasa enam syawal. Membantu mengawal kalori dan menambah pahala.
Kesimpulan
Jangan lupa nikmati hidangan yang ada namun, makanlah secara berpada pada dan bersederhana. Ingat, mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, sentiasalah menjaga kesihatan anda.
Sekiranya anda mempunyai penyakit tertentu, pastikan anda tidak memakan makanan yang tidak disarankan oleh doktor dan sentiasa ingat untuk memakan ubat pada waktunya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri!