12 Idea Ucapan Selamat Hari Raya Kreatif & Mengikut Sunnah

Ketika sambutan Hari Raya, antara Tradisi yang sering dilakukan ialah bermaaf-maafan sesama ahli keluarga,  rakan-rakan dan juga kenalan. Selain itu, ucapan Hari Raya kepada semua yang menyambutnya juga tidak ketinggalan. 

 Ucapan Hari Raya

Pada zaman teknologi yang serba moden, ucapan selamat mahupun permintaan maaf semasa Hari Raya dapat diungkapkan walaupun tidak bersua muka. Cukup dengan menghantar pesanan melalui media sosial ataupun berhubung melalui video call.

Sekiranya anda tidak tahu ataupun kehabisan idea untuk memberi ucapan hari raya secara kreatif, usah risau. Berikut kami kongsikan beberapa idea ucapan hari raya kreatif untuk dijadikan rujukan. 

BACA JUGA: Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2023 & Cuti Sekolah Tambahan KPM

12 Idea Ucapan Hari Raya Kreatif

Ucapan Hari Raya

1. Harta yang paling bernilai adalah kesabaran. Rakan yang paling setia adalah amal. Ibadah yang paling indah adalah keikhlasan. Pekerjaan paling berat adalah memaafkan. Untuk itu, mohon maaf zahir batin dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

2. Ramadhan telah kita tinggalkan, kini menjelma Syawal yang mulia. Aidilfitri berbahang gembira, disambut dengan rasa suka. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!

3. Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita. Namun lambaian Syawal pula menanti di sana. Dengan luhur hati ikhlas kemaafan, semoga silap dan salah mohon di ampuni.

4. Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa. Hidup ini terasa indah jika ada maaf. Maaf zahir batin. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum.

5. Mawar indah harum mewangi, aromanya menyentuh nurani, pesan Ini sebagai pengganti diri, selamat Hari Raya Aidil Fitri!

6. Mata sering salah menatap, mulut sering salah berucap, hati sering salah prasangka, dengan niat yang tulus dan suci saya mengucapkan mohon maaf lahir dan batin.

7. Jika jiwa sebening air, maka jangan keruhkan, jika hati seputih awan, jangan mendungkan. Raih kemenangan dengan kita saling bermaafan. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

8. Andai jemari tak sempat berjabat. Jika raga tak boleh bersua. Bila ada kata membekas luka. Semoga pintu maaf masih terbuka. Maaf zahir batin, Selamat Hari Raya!

9.  Buka hati dapat cinta, buka buku dapat ilmu, buka handphone jangan lupa tengok Whatsapp, ada ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri!

10. Wishing that this Eid, Allah blesses you all with lots of happiness, success and peace.

11. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata. Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa. Mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

12. It’s more than a wish, more than a message too, for it comes with warm and loving thoughts because it’s meant for you. Happy Eid!

BACA JUGA: Panduan Solat Sunat Aidilfitri, Doa & Amalan Sunat Malam Raya

Ucapan Mengikut Sunnah 

Dalam banyak-banyak ucapan Hari Raya, ucapan yang terbaik adalah ucapan yang mengikut sunnah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W.

“Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila bertemu di hari raya, mereka mengucapkan kepada sebahagian lainnya: taqabbalallahu-minna-wa-minka,” tulis Ibnu Hajar Al Asqalani dalam kitab Fathul Baari.

Dalam riwayat sahabat dan salafus shalih yang sampai kepada kita, jawapan terbaik adalah doa yang sama: Taqabbalallahu Minna Wa Minkum.

Jadi, apabila hendak mengucapkan Selamat Hari Raya kepada orang lain, sebaiknya kita menyebut:

تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّ وَ مِنْكُمْ

TaqabbalAllahu minna wa minkum

Maksud: “Semoga Allah menerima amalanku dan amalanmu”

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: