in

IKEA Malaysia Tarik Balik Produk Pinggan Mangkuk HEROISK, TALRIKA

ADVERTISEMENT

Peruncit perabot dari Sweden, IKEA, telah mengeluarkan sebuah kenyataan rasmi di mana mereka memaklumkan penarikan balik produk pinggan mangkuk HEROISK dan TALRIKA.

Penarikan semula kedua-dua produk itu diumumkan sebagai langkah berjaga-jaga kerana dikhuatiri pecah dan menyebabkan kelecuran jika diisi dengan makanan atau minuman panas.

ADVERTISEMENT

Walaupun insiden sebegitu tidak dilaporkan di Malaysia setakat ini, namun IKEA menarik balik produk itu sebagai langkah berjaga-jaga.

“Keselamatan adalah keutamaan bagi IKEA, justeru kami mengambil langkah berjaga-jaga dan menarik balik pinggan, mangkuk dan cawan HEROISK dan TALRIKA kerana ia berkemungkinan boleh pecah dan menyebabkan kelecuran akibat kandungan panas,” menurut IKEA itu dalam kenyataannya di Facebook pada Selasa, 18 Mei 2021.

“Kesemua produk kami diuji dan mematuhi piawai dan peraturan sewajarnya. Meskipun begitu, kami menerima laporan produk-produk itu pecah.”

Menurut laman IKEA, siri pinggan mangkuk TALRIKA diperbuat daripada plastik PLA (asid polilaktik), iaitu sebuah bahan berasaskan tumbuh-tumbuhan yang mampan, boleh diperbaharui dan tahan lasak”.

IKEA juga menyifatkan produk HEROISK sebagai diperbuat daripada “bahan plastik boleh diperbaharui”.

Pelanggan yang telah membeli kedua-dua produk pinggan mangkuk atau gelas HEROISK dan TALRIKA boleh menghubungi IKEA mendapatkan full refund .

Sumber: FACEBOOK IKEA MALAYSIA

Produk ini boleh dipulangkan di mana-mana outlet IKEA di Kaunter Penukaran & Pemulangan di mana bukti pembelian atau resit tidak diperlukan.

IKEA juga memohon maaf atas sebarang masalah yang timbul disebabkan isu ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pelanggan IKEA Malaysia di talian 03-7952 7575 atau rujuk notis di Facebook IKEA Malaysia.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

45 Homestay & Chalet Dengan Private Pool Di Melaka (Terkini 2022)

Jenama Origins Menawarkan Potongan Harga Sehingga 50% Sempena Pra Jualan Di Lazada