Cara Kemaskini Status Ibu Mengandung & Menyusu Di MySejahtera
CARA KEMASKINI STATUS MENGANDUNG DAN MENYUSU BAYI DI APLIKASI MYSEJAHTERA
Mulai 2 Jun, MySejahtera telah melancarkan ciri pilihan baru untuk mengenalpasti ibu mengandung dan menyusukan bayi bagi tujuan pertimbangan vaksinasi.
Dengan menandakan ciri ini, vaksin yang bersesuaian akan dikhaskan untuk ibu mengandung dan ibu menyusu berdasarkan keperluan masing-masing.
Hal ini dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui status terkini di Facebook.
Ia juga turut diwar-warkan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan melalui sebuah status di Twitter.
Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin, janji temu golongan itu akan dibuat berdasarkan vaksin yang sesuai di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Baca juga: Pendaftaran TABIKA KEMAS Sesi 2022 Dibuka Mulai 1 Jun 2021
“Anda boleh memasukkan bulan dan tahun melahirkan anak serta status penyusuan,” katanya di ciapan Twitter beliau.
Terdahulu, Panduan Vaksinasi Untuk Ibu Mengandung dan Ibu Menyusukan Bayi menyatakan ibu yang sedang hamil dan menyusukan anak hanya disaran mengambil vaksin COVID-19 keluaran Pfizer.
Menurut panduan tersebut, kedua-dua kumpulan itu (iaitu ibu hamil dan menyusukan bayi) tidak disarankan untuk menerima vaksin Sinovac dan AstraZeneca kerana data keberkesanan dan kesan sampingan membabitkan dua vaksin itu kepada kumpulan terbabit tidak mencukupi.
Sehubungan itu, katanya, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) sudah diarah untuk mengatur dan menyelaras dengan hospital serta pusat pakar perubatan ibu dan kanak-kanak untuk mengutamakan pengagihan vaksin Pfizer kepada ibu mengandung.
Jadi, di sini kami kongsikan cara membuat kemaskini status di MySejahtera dengan hanya beberapa langkah mudah!
Cara Kemaskini Status Mengandung & Menyusu Di MySejahtera
Langkah membuat kemaskini / update status anda adalah seperti berikut:
- Buka aplikasi MySejahtera
- Tekan butang ‘TUTUP’ (Close)
- Pergi ke menu ‘Vaksinasi COVID19’ (COVID-19 Vaccination)
- Pilih ‘Vaccine for ____(nama anda)____’
- Klik pada butang ‘Click if pregnant / breastfeeding’
- Tandakan maklumat yang sesuai dan tekan butang ‘Submit’
- Selesai
Rujuk panduan bergambar di bawah:
Pergi ke menu Vaccination COVID19 seperti di atas.
Tekan pada nama anda dan akan keluar paparan begini:
Klik pada pilihan ketiga – iaitu ibu hamil dan menyusu.
Jawab soalan di atas dan tekan butang Submit.
Selesai!
Berdasarkan status terkini anda, PPV akan membuat temujanji dan menyediakan jenis vaksin yang bersesuaian untuk anda.
Jadi, jangan lupa update ok!