Pendaftaran TABIKA KEMAS 2023 Kini Dibuka
Pendaftaran TABIKA KEMAS Sesi 2022 Dibuka Mulai 1 Jun Hingga 31 Oktober 2021
Tahukah anda, perkhidmatan digital baharu kini menawarkan pendaftaran kemasukan ke TABIKA KEMAS secara dalam talian saja!
Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS ini dibangunkan melalui projek rintis bagi membantu rakyat dengan memberi kemudahan melakukan permohonan kemasukan anak ke prasekolah secara dalam talian.
Jika sebelum ini hanya ada e-Prasekolah untuk tujuan pendaftaran atas talian bagi Prasekolah KPM, kini pendaftaran online telah diperluaskan untuk pendaftaran TABIKA KEMAS.
Walaubagaimanapun, sebagai permulaan hanya beberapa TABIKA KEMAS saja yang boleh dimohon secara online.
Jom kita ketahui syarat pendaftaran TABIKA KEMAS online, senarai TABIKA yang terlibat dan dokumen yang diperlukan untuk ibu bapa membuat persediaan.
Apakah TABIKA KEMAS?
Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak menyelaraskan dan menguruskan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak mengikut Kurikulum Standard Pra sekolah Kebangsaan (KSPK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Dasar Asuhan dan Kurikulum PERMATA Negara adalah bagi Taska
Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu:
- Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) : kanak-kanak 2 – 4 Tahun
- Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) : Kanak-kanak 4 – 6 Tahun
Syarat Pendaftaran TABIKA KEMAS Online 2022
Untuk makluman, hanya 142 buah TABIKA terpilih seluruh negara tahun ini akan melaksanakan pendaftaran secara dalam talian. Senarai TABIKA terlibat seperti pautan di bawah: https://bit.ly/SENARAITABIKAKEMASONLINE2023
- Permohonan boleh dilakukan oleh ibu/bapa/penjaga kanak-kanak.
- Ibu/bapa/penjaga kanak-kanak haruslah mendaftar sebagai pengguna berdaftar di Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS (https://enrol.kemas.gov.my/permohonan/public/)
- Permohonan hanya boleh dilakukan 1 KALI SAHAJA.
- Salah seorang daripada Ibu/bapa/penjaga kanak-kanak haruslah berstatus WARGANEGARA MALAYSIA.
- Kanak-kanak haruslah berstatus WARGANEGARA MALAYSIA serta berumur 3 – 5 tahun pada tahun permohonan.
Senarai TABIKA KEMAS
Rujuk senarai TABIKA KEMAS setiap di negeri dalam senarai di bawah:
- KEDAH
- PERLIS
- PULAU PINANG
- PERAK
- KELANTAN
- WILAYAH PERSEKUTUAN
- TERENGGANU
- PAHANG
- SELANGOR
- MELAKA
- NEGERI SEMBILAN
- JOHOR
- SABAH
- SARAWAK
Muat Turun Borang Pendaftaran
Ibu bapa/penjaga boleh juga melihat senarai TABIKA/TASKA KEMAS yang berdekatan dengan kediaman ibu bapa/penjaga.
Klik Link di bawah untuk muat turun borang TABIKA KEMAS
https://bit.ly/BORANGTABIKAKEMAS2023
Klik Link di bawah untuk muat turun borang TASKA KEMAS
https://bit.ly/BORANGTASKAKEMAS2023
Tarikh Permohonan
Permohonan secara talian di buka daripada 1 Ogos 2022 hingga 31 Disember 2022.
Cara Pendaftaran TABIKA KEMAS Online Sesi 2023 / 2024
Cara pendaftaran TABIKA KEMAS secara online melalui Portal MyGovernment adalah seperti berikut:
Cara Mendaftar Sebagai Pengguna
- Sila layari Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS melalui URL
https://enrol.kemas.gov.my/ - Tekan butang Daftar
- Isi kesemua maklumat yang diperlukan dan tekan butang Hantar.
- Semak Peti Masuk (Inbox) pada e-mel yang didaftarkan. Pengguna akan menerima makluman pendaftaran yang akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan.
- Pemohon perlu klik pada pautan yang diberi sebagai pengesahan pendaftaran.
- Pemohon perlu mencipta kata laluan, mengesahkan kata laluan dan teks pengesahan (CAPTCHA) bagi proses pengaktifan akaun pengguna.
- Pilih Kaedah ‘Kata Laluan’ untuk pengesahan.
- Log masuk dengan menaipkan ID Pengguna atau No. Kad Pengenalan/No. Pasport atau E-mel pengguna.
- Setelah berjaya log masuk, pengguna boleh membuat semakan/mengemaskini profil penguna di Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS. Ikuti langkah berikut untuk panduan mengemaskini maklumat di profil pengguna.
Cara Membuat Permohonan Pendaftaran Tabika KEMAS Online
- Sila layari Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS melalui URL https://enrol.kemas.gov.my/
- Klik [BORANG PERMOHONAN]
- Pilih No. MyKid kanak-kanak melalui senarai dropdown untuk membuat permohonan. Sekiranya tiada senarai No. MyKid untuk dipilih, sila kemas kini Profil Keluarga di MyDashboard Pengguna.
- Maklumat di Profil Pengguna merupakan maklumat yang diekstrak daripada pangkalan data Portal MyGovernment sewaktu pengguna pertama kali berjaya log masuk ke Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS.
Maklumat yang diekstrak ialah:-- Nama;
- No Kad Pengenalan;
- Alamat E-mel; dan
- No Telefon.
- Pemohon perlu memasukkan maklumat anak yang ingin dipohon ke dalam Senarai Profil Keluarga ini.
- Senarai No Mykid kanak-kanak hanya akan dipaparkan pada Borang Permohonan sekiranya terdapat maklumat kanak-kanak yang berumur 3 hingga 5 tahun pada tahun semasa di Profil keluarga Portal MyGovernment.
- Isikan juga Maklumat Kesihatan, Maklumat Keluarga, Maklumat Tanggungan, Pemilihan Tabika dalam ruang yang disediakan.
- Klik [Simpan] untuk menyimpan maklumat.
- Setelah selesai, anda perlu membuat pengesahan dan menerima notis permohonan berjaya.
- Sila cetak Borang Permohonan.
Dokumen Yang Diperlukan
Berikut adalah senarai dokumen yang perlu dilampirkan semasa menghantar permohonan ke sekolah TABIKA KEMAS yang telah dipilih.
- Borang Permohonan Online yang telah dicetak
- Borang Pengesahan Majikan / Slip gaji ibu dan bapa/penjaga
- Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
- 1 Salinan MYKID Kanak-kanak.
- 1 Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
- 1 Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
- 1 Salinan kad OKU (jika berkenaan)
- Rekod kesihatan kanak-kanak. (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan)
Dokumen ini perlu dihantar dalam masa 2 minggu setelah tarikh permohonan online.
Baca juga: Pendaftaran Murid Tahun 1 Online Sesi 2023/2024 KPM
Maklumat Lanjut Tentang Pendaftaran TABIKA KEMAS Online
Sebarang maklumat penting tentang panduan permohonan adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pemohon disaran mendapatkan maklumat melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (https://www.kemas.gov.my) serta di semua Tabika KEMAS.
JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS)
Kementerian Pembangunan Luar Bandar,
Aras 5-9, No 47, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya.
Tel: +603-8891 2682
Faks: +603-8888 2312
Emel: info[at]kemas[dot]gov[dot]my