in

Jadual DidikTV KPM: Disiarkan Sepanjang Hari (7 Pagi-12 Malam)

ADVERTISEMENT

Bermula 17 Februari 2021, saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM akan mula bersiaran bermula 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari.

Ini merupakan pertama kali KPM memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan secara terestrial dengan pengisian dari 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari.

DidikTV KPM adalah satu lagi usaha berterusan KPM dalam memberikan akses pendidikan berkualiti untuk murid seluruh negara.

Di sini dikongsikan kenyataan media yang memperincikan mengenai inisiatif saluran khusus ini.

didiktv
didiktv

Baca juga: Ibu Kongsi Tips Ajar Anak Membaca Cara Santai & ‘Fun’. Tahu-tahu Je Dah Lancar!

Untuk makluman, DidikTV boleh ditonton melalui saluran 107 di MYTV, 147 di ASTRO dan NTV7 di UNIFITV.

Pelancaran DidikTV KPM akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada jam 8 pagi pada hari pertama hari pertama siarannya.

DidikTV KPM akan menyiarkan program yang diterbitkan khusus dengan berteraskan kurikulum dan kokurikulum KPM.

ADVERTISEMENT

“Saluran ini juga akan menyiarkan berita mengenai dunia pendidikan, program bercorak didik hibur serta kandungan yang dihasilkan oleh murid. 

“Selain itu, program antarabangsa yang bersesuaian akan turut disiarkan,”

Jadual Didik TV KPM

Jadual rancangan pendidikan yang akan bersiaran dikemaskini dan disiarkan melalui media sosial setiap hari.

Jadual mingguan juga boleh dimuat turun melalui pautan https://www.moe.gov.my/…/rancangan-tvpendidikan-didiktv…

Semoga dapat dikongsikan jadual ini dengan keluarga, sahabat handai dan rakan taulan.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut sila layari portal rasmi KPM di www.moe.gov.my atau di media sosial rasmi KPM iaitu FacebookInstagram dan Twitter @KemPendidikan.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

bantuan usahawan wanita

Bantuan Usahawan Wanita JPW 2021: INSKEN, TEMANNITA & SWEET

rumah harapan rakyat

Permohonan Rumah Harapan Rakyat RM60,000 / Seunit