Ujian Akhir Sesi Akademik KPM ( UASA )

ujian akhir sesi akademik

Maklumat mengenai Ujian Akhir Sesi Akademik ( UASA ) yang dijadualkan akan diadakan pada 16 – 19 Januari 2023 untuk pengetahuan para ibu bapa yang prihatin.

Seperti yang kita sedia maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) setelah dimansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Maka, ibu bapa dan murid-murid perlu mengambil tahu tentang format dan pelaksanaan ujian yang diperkenalkan tahun ini.

Apakah Ujian Akhir Sesi Akademik ( UASA ) ?

UASA ini dilaksanakan bagi memperkasakan lagi Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) yang akan dimulakan pada sesi akademik sesi 2022/2023.

Melalui UASA ini akan dinilai melalalui Kemahiran kognitif/intelektual serta penguasaan murid-murid dalam setiap mata pelajaran akan dinilai yang dilaksanakan menerusi ujian bertulis sepenuhnya.

Ia dilaksanakan sebagai sebahagian daripada PBD sumatif di akhir kalendar akademik bagi menguji tahap kognitif murid seterusnya mengumpul dan mendapatkan maklumat mengenai tahap pencapaian akademik murid atau kandungan yang dipelajari murid sepanjang sesi akademik.

Ujian ini akan dapat memberi gambaran yang menyeluruh tentang perkembangan kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. Maklumat ini dapat membantu guru merancang dan melaksanakan intervensi untuk membangunkan potensi murid.

KPM akan menyediakan bank soalan (BM, BI, Matematik, Sains dan Sejarah) UASA untuk murid sekolah rendah (4,5 dan 6).

Berikut adalah merupakan kompenan yang terlibat iaitu:

  • Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
  • Pentaksiran Aktiviti Jasmani
  • Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
  • Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

Murid Yang Terlibat

UASA akan melibatkan murid-murid berikut:

  • Sekolah Rendah : Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6)
  • Sekolah Menengah : Tingkatan 1, 2 dan 3
ujian akhir sesi akademik uasa

Pelaksanaan

Jadual UASA akan disediakan oleh pihak sekolah, jawapan oleh murid dan penskoran oleh guru mata pelajaran berdasarkan jawapan murid.

Keputusan prestasi murid akan direkod dan dijana dalam satu pelaporan yang mengandungi PBD formatif dan pencapaian UASA.

Tiada skor akan dipaparkan dalam laporan UASA sebaliknya dalam bentuk tahap penguasaan (TP) 1-6 yang mempunyai julat markah tertentu.

PBS merangkumi 2 aspek.

  • Akademik – Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) & Pentaksiran Pusat (PP)
  • Bukan Akademik – Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) & Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

Format UASA

Berikut dikongsikan format Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bagi tahun 4, 5 dan 6.

blank
blank
blank
ujian akhir sesi akademik uasa
ujian akhir sesi akademik uasa
ujian akhir sesi akademik uasa
blank

Tahap Penguasaan Murid

Tahap penguasaan atau grading bagi UASA tidak diberikan melalui gred atau markah tetapi dinilai melalui prestasi pelajar mengikut tahap penguasaan seperti berikut:

TP1 : Tahu
Pelajar tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

TP2 : Tahu dan faham
Pelajar menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

TP3 : Tahu, Faham dan Boleh Buat
Pelajar menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari dan melaksanakannya.

TP4 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
Pelajar melaksanakan sesuatu kemahiran dengan berada iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

TP5 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
Pelajar melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif.

TP6 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
Pelajar berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.

Bersama-sama ini disertakan maklumat-maklumat penting pelaksanaan UASA dan PBD untuk rujukan dan panduan guru-guru, ibubapa/penjaga dan murid-murid.

Pautan Panduan UASA (pdf doc)

https://drive.google.com/…/1ai68FYgTYHvEDzmHfn7…/view…

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) ini, sila rujuk: https://youtu.be/y7gTDk4xeak

Baca juga: BTR 2023 – Bantuan Tunai Rakyat (Tarikh & Kadar Bayaran)