Tarikh Cuti Hari Raya 2021, PdPR & Cuti Penggal Sekolah KPM

PdPR Akan Dilaksanakan 10 Hari Lepas Cuti Hari Raya Aidilfitri

Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan selama 10 hari persekolahan selepas cuti hari Raya Aidilfitri.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, manakala sesi persekolahan secara bersemuka akan dimulakan selepas cuti penggal persekolahan pada 12 atau 13 Jun depan mengikut kumpulan sekolah.

Pelaksanaan ini adalah bagi memastikan tidak berlakunya jangkitan di luar sekolah ke dalam sekolah.

Jelasnya, KPM mengumumkan hal ini lebih awal supaya guru mempunyai masa serta kebebasan untuk memilih kaedah pengajaran serta modul yang sesuai untuk PdPR.

Jadual PdPR Lepas Raya

Berikut adalah jadual sesi persekolahan PdPR lepas cuti Hari Raya yang diumumkan sebentar tadi.

pdpr lepas raya

SESI PERSEKOLAHAN SECARA PdPR SELEPAS CUTI RAYA

Cuti Raya :

  • Kumpulan A – 11 Mei hingga 15 Mei 2021
  • Kumpulan B – 11 Mei hingga 16 Mei 2021

PdPR :

  • Kumpulan A – 16 Mei hingga 27 Mei 2021
  • Kumpulan B – 17 Mei hingga 28 Mei 2021

Cuti Penggal :

  • Kumpulan A – 28 Mei hingga 12 Jun 2021
  • Kumpulan B – 29 Mei hingga 13 Jun 2021

NOTA PENTING:

KPM telah membuat ketetapan bahawa sekolah bagi Kumpulan A akan mengambil cuti peristiwa atau cuti ganti pada 9 & 10 Mei 2021 manakala sekolah dalam Kumpulan B akan mengambil cuti tersebut pada 10 Mei 2021.

Oleh yang demikian, sekolah Kumpulan A akan bercuti mulai 7 Mei hingga 15 Mei 2021 manakala sekolah Kumpulan B pada 8 Mei hingga 16 Mei 2021.

Dalam konteks pelaksanaan PdP pula, KPM mengambil pendekatan untuk melaksanakan PdPR selama dua minggu selepas cuti perayaan.

Ini adalah bagi mengurangkan risiko jangkitan yang mungkin berlaku di luar sekolah semasa musim perayaan dan bakal meningkatkan jangkitan di institusi pendidikan di bawah KPM.

Rujukan:

  • Kumpulan A : Negeri Kelantan, Johor, Kedah dan Terengganu
  • Kumpulan B : Perlis, Perak, Pahang, Sabah, Labuan, Sarawak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Putrajaya

Baca juga: Cara Bayar Zakat Fitrah Melalui Maybank (Maybank2U). Cepat & Mudah!

Hal ini dimaklumkan melalui Berita TV3 pada jam 8 malam hari ini, 26 April 2021.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: