Cara Bayar Zakat Fitrah Melalui Maybank (Maybank2U). Cepat & Mudah!

Cara Bayar Zakat Fitrah Melalui Maybank Online

Dalam tempoh pandemik ini, tentunya kita digalakkan untuk membuat bayaran zakat fitrah melalui platform perbankan online seperti Maybank, CimbClicks, Touch n Go, dan sebagainya.

Antara pilihan paling mudah, anda boleh membayar menggunakan laman web atau aplikasi Maybank2u.

Di bawah ini disertakan langkahnya satu per satu.

Baca juga : iRakyat: Cara Daftar Bank Rakyat Online Banking (2021)

Cara Tunaikan Zakat Fitrah Online Melalui Maybank

Hanya 6 langkah MUDAH, CEPAT & SELAMAT

  1. Layari laman web Maybank2u https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do
  2. Pilih ”LOG IN” dan log masuk ke akaun perbankan internet anda.
  3. Pilih ”PAY & TRANSFER”, Pay to : ”PAYEE”.
  4. Pilih PAYEE ( Boleh pilih mengikut Lembaga Zakat Negeri masing-masing, contohnya : “ZAKAT MELAKA – ZAKAT FITRAH”.
  5. Penuhkan maklumat “AMOUNT”, “MOBILE NUMBER” pilih “KADAR ZAKAT” dan “EFFECTIVE DATE”.
  6. Seterusnya klik ”PAY” dan TRANSAKSI ANDA BERJAYA

Boleh rujuk panduan bergambar di bawah ini:

Zakat fitrah maybank
Zakat fitrah maybank
Zakat fitrah maybank

NOTA:

Individu yang mana nak bayar guna M2U boleh ikut langkah di atas ni tapi disarankan guna aplikasi Maybank2u dan bukan guna web supaya lebih mudah.

Log in dan ikut langkah 1 hingga 5. Apa yang penting niat, niat jangan lupa.

Masa buat pembayaran sertakan sekali dengan niat zakat fitrah :

“Inilah wang sebanyak RM__ bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas saya / dan tanggungan saya untuk tahun ini kerana Allah Taala”.

(Kredit gambar : Fizal Hafiz)

Baca juga : Cara Semak Baki & Transfer Duit Ke ASB Melalui Maybank (Maybank2U)

Bila Boleh Mula Bayar?

Zakat Fitrah boleh dibayar pada bulan Ramadhan sehingga pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidil Fitri.

Hukum mengeluarkan zakat fitrah pada awal bulan Ramadan atau pertengahannya ada beberapa pendapat:

  • Harus sebelum raya, sehari atau dua hari. Tetapi lebih daripada itu tidak diharuskan mengikut pendapat Mazhab Malik dan Hanbali.
  • Harus mengeluarkannya daripada pertengahan bulan Ramadan. ini satu pendapat dalam Mazhab Hanbali.
  • Harus mengeluarkannya pada awal bulan. Ini adalah satu qaul dalam Mazhab Hanafi, Syafie, dan satu pendapat dalam Mazhab Hanbali.
  • Harus mengeluarkannya secara mutlak walaupun sebelum Ramadan.
  • Menurut Ibn Ruslan, hukum melambatkan bayaran zakat fitrah sehingga satu hari raya adalah haram. Pendapat ini disepakati oleh seluruh ulama. Mengikut jumhur ulama, melambatkan pembayaran zakat tersebut adalah berdosa dan wajib diqadha’. Ini kerana ia merupakan hak bagi harta dan ia tidak akan gugur dengan luput waktunya.

*Sumber: Mufti WP

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: