Xiaomi OCOOKER, Robot Memasak Dengan 21 Mod Berbeza. Harga Lebih Murah!

Pada tahun lepas dan baru-baru tular kembali satu alatan bantuan memasak iaitu Termomix yang dipanggil ‘kayangan’ oleh sesetengah netizen. Ini kerana produk ini dijual pada harga lebih RM7000.

Pada sesetengah orang, ianya merupakan satu pelaburan yang tidak berbaloi kerana terlalu mahal. Namun bagi yang mampu, ianya merupakan satu alat yang mesti dimiliki sebagai lambang ‘saya mampu’. Selain itu, Thermomix juga sangat sesuai untuk anda yang sibuk dengan kerja harian.

Sebenarnya terdapat satu produk alternatif kepada Thermomix iaitu Xiaomi OCOOKER. Produk ini adalah salah satu cabang produk xiaomi dengan jenama OCOOKER dan bukanlah baru tetapi sudah dilancarkan pada bulan Disember tahun 2020 lagi.

Kelebihan OCOOKER

1 – 21 Mod Memasak Yang Berbeza

Sebagai robot memasak, OCOOKER ini mempunyai 21 mod memasak berbeza. Kepelbagaian mod masak ini mampu dilakukan disebabkan produk ini direka lengkap dengan pelbagai alatan memasak.

Robot memasak OCCOOKER ini mampu menjana kuasa sehingga 1,500 W dan dapat memasak makanan yang memerlukan suhu antara 34 hingga 120 tahap Celsius. Selain itu, OCOOKER ini berkapasiti 2.2 liter, jadi anda boleh membuat hidangan untuk 4 orang sekaligus.

2 – Paparan Skrin sesentuh

Seperti juga produk saingannya iaitu Thermomix, anda perlu menggunakan telefon pintar anda atau paparan skrin sesentuh untuk menggunakan robot memasak ini. Anda hanya perlu memilih resipi yang anda mahukan kemudian masukkan bahan-bahan mentah dan OCOOKER akan menguruskan urusan memasak.

3 – Harga Berpatutan

Harga produk OCOOKER ini tidaklah semahal produk saingannya dan pastinya murah jika nak dibandingkan dengan Thermomix. Bagi anda yang ingin mendapatkannya di pasaran Malaysia namun di dalam tetapan bahasa Cina, kami jumpa satu laman FB yang menjualnya. Boleh klik di sini.

Untuk pasaran Eropah dan Amerika, produk ini datang dengan bahasa Inggeris dan ianya datang dalam jenama Tokit dan boleh didapati di laman FB Tonik Global. Boleh klik di sini.

Sumber: Xiaomi News, The Tech Zone

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: