Peniaga Sekarang Kena Ada QR Pay Untuk Bayaran Cashless. Ini Caranya, Mudah Je!

CARA DAFTAR QR PAY UNTUK TERIMA PEMBAYARAN TANPA TUNAI

Sekarang ni makin ramai yang menggunakan e-Wallet kerana ia memudahkan. Maklumlah, kadang-kadang tak sempat nak pergi cucuk duit dekat ATM kan?

Salah satu kaedah pembayaran tanpa tunai yang paling mudah digunakan ialah QR Pay Maybank.

Tahukah anda apa itu QRPay?

Jom kami kongsikan lebih lanjut.

Apakah QRPay Maybank?

Melalui QRPay, pembeli boleh membayar apa yang dibeli melalui telefon hanya dengan mengimbas kod khas yang disedikan oleh penjual.

Amaun akan terus ditolak daripada akaun simpanan pelanggan untuk dipindahkan kepada akaun si penjual.

Kaedah ini sangat mudah kerana tidak perlu pendaftaran dan percuma untuk semua penguna Maybank.

Buat Peniaga Bazar Ramadhan tahun ni khususnya, boleh cuba praktikkan QR Pay untuk pembayaran tanpa tunai.

Kelebihan QR Pay

Antara kelebihan QRPay adalah:

1.Mengelakkan ketirisan duit kecik/petty cash anda
-Masalah duit kecik selalu jadi bila customer terlalu ramai lagi2 musim gaji,rata-rata customer bayar “duit besar” jadi problem untuk anda kadang kena berlari kedai sebelah untuk tukar

2.Jimatkan masa
-Bagi tahu harga dan scan,kurang dari 1 minit.Pantas dan kurang sentuhan

3.Elakkan contact rapat
-Tak terlalu berlaku sentuhan jika situasi terlalu crowded

4.Dapat mengurangkan duit “short”
-Kadang bila terlalu crowded atau ramai,kita boleh jadi leka dengan memberi baki,kadang ada yang buka calculator di phone untuk buat pengiraan.Dengan Qr Pay,tak perlu beri baki semula

5.Customer masih ada duit di poket jika emergency
-Online transfer ni buatkan customer rasa selamat sebab mereka gunakan duit mereka “tidak nampak” selain di dompet mereka,jadi mereka rasa selamat untuk berbelanja.Contoh mereka bawa RM 50 tapi ada kawan/keluarga kirim juadah,bayar parking tiket,bersedekah dan lain lain jadi masih ada peruntukkan dengan QR Pay

6.Bagi yang ada akaun syarikat SSM
-Bagus untuk transaksi akaun anda kerana aliran masuk setiap hari menunjukkan perniagaan anda aktif,lebih semangat untuk teruskan bulan mendatang untuk jaga status akaun

Baca juga: Cara Permohonan & Semakan Amaun Pengeluaran Khas KWSP

Cara Dapatkan QR Code QR Pay

Cara-cara pendaftaran

1.Buka apps Maybank2u di handphone anda
2.Tekan QR PAY
3.Tekan butang receive

qr pay qrpay maybank

4.Print di kedai
5.Tampal di kawasan yang mudah di capai/scan

qr pay qrpay maybank

Selamat berniaga pada para peniaga dan selamat membeli kepada membeli.

Kredit: Facebook Khairul Azwan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: