Semakan Status Pengeluaran Khas KWSP & Tarikh Bayaran

PORTAL PENGELUARAN KHAS KWSP KINI MEMAPARKAN STATUS KELULUSAN

Untuk makluman, difahamkan sudah ada pemohon yang telah mendapat status LULUS dalam Portal Pengeluaran Khas KWSP dan i-Akaun

Selain semakan di Portal PengeluaranKhas, pemohon juga dapat menyemak status di i-Akaun.

Paparan akan menunjukkan tarikh bayaran yang akan dikreditkan ke akaun masing-masing bermula 20 April.

Portal_Pengeluaran Khas KWSP sudah boleh diakses mulai 1 April 2022.

Sudahkah anda membuat permohonan pengeluaran?

Ingat, tiada pindaan boleh dibuat untuk permohonan kali ini ya!

Jadi, jangan tersilap dan pastikan anda telah mengetahui syarat-syarat dan cara memilih amaun pengeluaran yang betul.

Di sini kami kongsikan langkah-langkahnya dengan mudah.

CARA-CARA MEMOHON PENGELUARAN KHAS KWSP

  1. Layari Portal Pengeluaran Khas KWSP di pautan http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my
  2. Klik Mohon Sekarang & Permohonan.
  3. Masukkan No Mykad & Tel Bimbit yang didaftarkan di KWSP.
  4. Klik Teruskan.
  5. Masukkan No OTP yang dihantar ke Telefon Bimbit anda.
  6. Amaun Kelayakan Anda akan tertera, Klik memohon amaun tersebut.
  7. Klik Teruskan.
  8. Sahkan Maklumat Pemohon dan Akaun Bank Anda. (Ada 2 soalan – Anda boleh menjawab apa saja jawapan pada soalan yang diajukan)
  9. Pastikan anda menyemak sekali lagi AMAUN YANG DIPOHON, ini penting.
  10. Klik HANTAR dan CETAK PERMOHONAN anda dan SIMPAN.

Sila rujuk langkah bergambar di bawah:

Layari pengeluarankhas.kwsp.gov.my

Baca nota penting terlebih dahulu.

Tekan butang TUTUP untuk teruskan permohonan.

Isikan maklumat dalam ruang yang disediakan.

Masukkan No OTP yang dihantar ke Telefon Bimbit anda.

Amaun Kelayakan Anda akan tertera.

Klik untuk memohon amaun tersebut atau isikan lain-lain amaun pilihan anda.

semakan pengeluaran khas kwsp

Seterusnya isikan maklumat pemohon.

semakan pengeluaran khas kwsp

Kemaskini butiran lain jika perlu.

Kemudian sahkan maklumat yang dipaparkan pada skrin.

semakan pengeluaran khas kwsp

Jika permohonan anda berjaya, anda akan menerima notifikasi seperti berikut:

semakan pengeluaran khas kwsp

Cetak & simpan rekod permohonan untuk rujukan.

Kredit gambar: Firdaus Shakirin

Baca juga:

Tarikh Akhir Permohonan Pengeluaran Khas KWSP

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2022.

Sekiranya laman web sesak pada hari ini, anda masih boleh membuat permohonan dalam masa yang diberikan.

Tarikh Semakan Kelulusan Pengeluaran Khas KWSP

Anda boleh membuat semakan kelulusan mulai 9 April 2022.

Jika diluluskan, bayaran akan dibuat mulai 18 April 2022.

Rujuk : Tarikh Bayaran Pengeluaran Khas KWSP Dipercepatkan Ke 18 April 2022

Cara Semakan Status

Untuk makluman, Ahli KWSP boleh menyemak status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:

i. Portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my:
Menu Semak Status Permohonan

ii. i-Akaun (Ahli):
Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran

Maksud Status Anda

Jika anda menerima status PERMOHONAN DITERIMA, ini maksudnya menurut KWSP:

  • Permohonan Pengeluaran Khas anda telah diterima, sedang disemak dan akan diproses secara berperingkat.
  • Bayaran akan dibuat pada 20 April 2022

Jika anda menerima status TIADA REKOD seperti di bawah, ini maksudnya menurut KWSP:

  • Semak semula dan pastikan maklumat yang dimasukkan adalah sama dengan maklumat semasa permohonan dibuat.
  • Sekiranya masih mengalami masalah, hubungi hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4242 (waktu bekerja) untuk maklumat lanjut.

Tarikh Bayaran

Bayaran akan dibuat secara sekali bayar (one-off) mulai 18 April 2022 seperti yang diumumkan oleh Tengku Zafrul.

tarikh bayaran kwsp diawalkan

Baca juga: Cara Kemaskini Nombor Telefon KWSP (Untuk OTP / TAC) Secara Online

NOTA PENTING

  • TIADA PINDAAN AMAUN DIBENARKAN
  • TOLONG BERHATI-HATI SEMASA MEMOHON
  • Baca dulu panduan ini, dengan teliti dan lihat gambar yang dilampirkan, dan anda boleh MULA MEMOHON.
  • STATUS PERMOHONAN BOLEH DISEMAK MULAI 9 APRIL.
  • PEMBAYARAN ADALAH SECARA ONE-OFF PADA 18 APRIL.
  • PERMOHONAN DITUTUP PADA 30 APRIL.

Sekian info.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: