Cara Simpan Duit Ke ASB Online Tanpa Caj, Dari Semua Bank Boleh!

Cara Simpan Duit Di ASB Online Tanpa Caj, Dari Semua Bank Boleh!

Ramai yang baru dapat gaji, ada lagi duit bantuan kerajaan macam BPR, duit i-Sinar dan sebagainya lepas tu pening kepala nak pergi bank sebab nak pindahkan wang simpanan ke ASB.

Sebenarnya kan kita boleh transfer duit dari bank masuk ke ASB kita tanpa penat-penat pergi bank dan beratur. Hanya perlu guna Portal MyASNB. Jimat masa dan tenaga.

Di sini kami kongsikan cara transfer duit ke ASB dari mana-mana bank tanpa caj.

Cara Simpan Duit Di ASB Online

Cara nak transfer duit dari bank masuk ke ASB secara online, sila ikut langkah ini:

LANGKAH 1

Mula-mula kita pergi ke Portal MyASNB.

Tak kisahlah melalui apps atau laman web, dua-dua boleh. Yang penting kena ada akaun ASB online.

Kalau belum pernah daftar akaun ASB online, boleh rujuk artikel ni:

MyASNB: Cara Daftar ASB Online, Semak Penyata, Dividen & Pengeluaran

LANGKAH 2

Lepas tu login macam biasa menggunakan password dan ID yang kita daftarkan.

LANGKAH 3

Klik Porfolio macam dekat anak panah merah di bawah ni.

LANGKAH 4

Lepas tu klik pada butang Transaksi.

Nanti akan keluar 3 pilihan menu macam di bawah.

Untuk masukkan duit ke ASB, kita pilih Pelaburan Tambahan.

LANGKAH 5

Klik Seterusnya.

LANGKAH 6

Baca T&C lepas tu tick pada kotak kecil.

Dan klik lagi Seterusnya.

LANGKAH 7

Masukkan nilai amaun wang yang kita nak transfer masuk ke ASB.

LANGKAH 8

Dah masukkan maklumat tadi, klik Teruskan.

LANGKAH 9

Pilih dari bank mana (akaun kita) yang kita nak transfer.

Kemudian tu boleh terus klik Proceed To Pay.

Cara transfer duit ke asb

LANGKAH 10

Nanti kita akan dibawa ke laman web bank yang kita pilih tadi.

(kira macam beli online jugalah)

Login macam biasa.

Cara transfer duit ke asb

LANGKAH 11

Lepas tu nanti preview untuk kita check balik amaun yang kita nak transfer ke ASB tadi.

Cara transfer duit ke asb

e-resit transaksi akan dipaparkan bagi pemindahan amaun yang berjaya .

Cara transfer duit ke asb

Selesai!

NOTA:

Masa transfer online pun ada masa dari 9am- 5pm sahaja.

Semoga posting ini bermanfaat dan membantu kita menguruskan kewangan terutamanya dalam musim PKP ini.

*Kredit : Siti Hajar Mohd Idris via Jesselton Sabah

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: