Pengeluaran Khas i-Citra KWSP 10k, Ini Jawapan Menteri Kewangan

icitra 10k

Setelah berakhirnya pengeluaran i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra, ramai pihak mendesak pengeluaran iCitra KWSP diteruskan dengan membenarkan pengeluaran khas sebanyak 10k untuk mengurangkan beban mangsa banjir.

Dalam sebuah video di Facebook, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul telah menjawab cadangan pihak-pihak yang menyuarakan pengeluaran khas iCitra 10k bagi yang terjejas banjir.

Dalam video berdurasi 6:28 minit ini, beliau menjelaskan bahawa sehingga kini pencarum boleh mengeluarkan sehingga RM71,000 melalui i-Lestari, i-Sinar & i-Citra.

Secara keseluruhannya, RM101 bilion telah dikeluarkan pencarum.

Bagaimana Kerajaan akan membantu mangsa banjir tanpa menjejaskan baki simpanan KWSP mereka?

Berapa ramaikah Keluarga Malaysia, khususnya Bumiputra, yang ada simpanan KWSP melebihi RM10,000?

Ikuti penerangan Tengku Zafrul menerusi video di bawah ini.

Video: Isu Pengeluaran Khas iCitra 10k

Dalam video ini, Tengku Zafrul menjelaskan bahawa Malaysia dijangka akan mencapai status Negara Tua pada tahun 2030.

Ini bemaksud, dalam masa 8 tahun, rakyat Malaysia akan memerlukan wang simpanan yang lebih banyak untuk membiayai hidup masing-masing selepas bersara.

Ulas beliau, desakan beberapa pihak untuk membenarkan pengeluaran KWSP akan menjejaskan isu kekurangan persaraan yang kini berada dalam tahap yang membimbangkan.

Sebagai contoh, median simpanan ahli B40 adalah sebanyak RM1000, bersamaan RM4 sebulan untuk tempoh 20 tahun.

Manakala, bagi M40, jumlah simpanan adalah RM25,000 iaitu bersamaan RM104 sebulan untuk tempoh 20 tahun.

Tengku Zafrul juga menjelaskan bahawa pada tahun 2014 Malaysia juga dilanda banjir yang teruk.

Ketika itu, tiada pengeluaran KWSP yang dibenarkan walau 1 sen pun. Sebaliknya, kerajaan menggunakan pendekatan-pendekatan tertentu untuk membantu rakyat terjejas mendapatkan bantuan kewangan, barangan keperluan dan tempat tinggal bagi meneruskan kehidupan.

Pendekatan ini juga digunakan bagi mangsa banjir tahun ini yang boleh dimanfaatkan oleh mangsa banjir yang terjejas.

Pelbagai Bantuan Kerajaan Boleh Digunakan Untuk Membantu Mangsa Banjir

1. BANTUAN WANG IHSAN (BWI)

Bantuan pertama adalah Bantuan Wang Ihsan (atau BWI) sebanyak RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah berbanding RM500 sebelum ini.

Bayaran Bantuan Wang Ihsan tersebut telah mula diberikan sejak 27 Disember yang lalu, iaitu 10 hari selepas kejadian banjir berbanding sebelum ini yang memakan masa 3 hingga 6 bulan.

Ini akan memanfaatkan lebih 45 ribu Ketua Isi Rumah. Angka yang akan menerima bantuan ini boleh bertambah ramai apabila kita selesai mengenal pasti mereka yang terkesan tetapi tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (atau PPS).

Setakat hari ini, seramai 20 ribu Ketua Isi Rumah telah menerima bantuan ini.

bantuan banjir keluarga malaysia

2. BAUCAR TUNAI RM500 UNTUK PEMBELIAN BARANGAN ELEKTRIK

Kedua, baucar tunai sebanyak RM500 Ringgit bagi pembelian barangan elektrik kepada setiap keluarga mangsa banjir bagi menggantikan barangan elektrik yang rosak akibat bencana banjir.

Pembelian boleh dibuat di premis atau di platform e-dagang yang diiktiraf oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli. Program ini akan dilaksanakan bermula 7 Januari 2022.

bantuan banjir keluarga malaysia

3. PERKHIDMATAN TUNDA KENDERAAN PERCUMA, DISKAUN & BAUCAR TUNAI

Banyak kenderaan yang rosak teruk akibat musibah banjir yang menjejaskan bukan hanya pergerakan tetapi juga punca pendapatan.

Bagi pemilik PERODUA dan PROTON yang terkesan, syarikat ini menawarkan pengecualian bayaran perkhidmatan tunda kenderaan dan upah baik pulih disamping diskaun 50% ke atas alat ganti.

Manakala syarikat lain pula menyediakan perkhidmatan tunda kenderaan secara percuma dan diskaun sekurang-kurangnya 25% ke atas alat ganti dan upah baik pulih di pusat servis yang berdaftar.

Bagi pemilik kenderaan yang rosak akibat banjir, Kerajaan turut menyediakan baucar tunai sebanyak RM1,000 bagi tujuan pembaikan atau pembelian semua kenderaan yang terkesan termasuk lori, kereta, motosikal dan lain-lain.

Pemberian baucar tunai dan diskaun akan dimulakan pada Januari 2022.

blank
bantuan banjir keluarga malaysia

4. BANTUAN TUNAI RM5000 UNTUK KEROSAKAN RUMAH

Keempat, Kerajaan juga akan menyediakan bantuan tunai sehingga RM5,000 bagi setiap keluarga untuk kerja-kerja pembaikan rumah kepada mangsa banjir yang mengalami kerosakan yang tidak serius.

Walau bagaimanapun, bagi kerosakan serius, Kerajaan sendiri akan mengurus baik pulih rumah dengan kos sehingga RM15,000.

Manakala, bagi rumah yang musnah dan tidak boleh diduduki, Kerajaan akan membantu sehingga kos RM56,000 setiap unit rumah dibina baru.

bantuan banjir keluarga malaysia

5. BANTUAN TUNAI RM2500 UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN

Kelima, memandangkan banyak sukarelawan serta NGO telah memberikan sumbangan peralatan kepada mangsa dan untuk mengelakkan pertindihan, Kerajaan bersetuju untuk memberikan wang tunai sebanyak RM2,500 khusus untuk pembelian barangan keperluan mengikut kesesuaian masing- masing.

Pemberian ini adalah khas untuk mereka yang mengalami kerosakan barangan akibat banjir.

bantuan banjir keluarga malaysia

Baca juga:

Perdana Menteri berharap dengan pemberian ini sedikit sebanyak dapat memberi sinar baharu kepada Keluarga Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk:

Perutusan Khas Perdana Menteri, oleh YAB Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob sempena Tahun Baru 2022