Cara Semakan i-Sinar KWSP (Kategori 1) Mulai 4 Januari 2021
Seperti yang ditunggu-tunggu, semakan i-Sinar KWSP Kategori 1 boleh dibuat secara online mulai 4 Januari 2021 ini.
Anda boleh menyemak kelulusan status i-Sinar sama ada melalui i-Akaun atau melalui Portal rasmi i-Sinar KWSP.
Berikut dikongsikan cara membuat semakan i-Sinar KWSP Kategori 1 bermula 4 Januari 12.00 tengah malam ini.
Cara Semakan i-Sinar Kategori 1
Cara Semakan Status iSinar Melalui Portal isinar.kwsp.gov.my
- Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/
- Skrol ke bahagian bawah dan tekan butang SEMAK STATUS
- Isikan maklumat yang diminta
- Status kelulusan akan dipaparkan
Cara Semakan Status iSinar Melalui i-Akaun
Bagi anda yang dah install i-Akaun di telefon bimbit, bolehlah check terus melalui apps tersebut.
- Buka apps i-Akaun melalui smartphone atau laman web https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
- Login menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan
- Semak bahagian PERMOHONAN PENGELUARAN / Inbox
- Status permohonan iSinar akan dipaparkan.
Baca juga: Cara Daftar i-Akaun KWSP Online, Semak Penyata & Mohon Pengeluaran
Semakan Pembayaran i-Sinar Kategori 1
- Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula 11 Januari 2021.
- Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM5,000.
- Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda. (Minimum RM1,000 sebulan, tertakluk kepada baki bayaran bulan terakhir dengan amaun bayaran minimum RM50)
- Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.
- Jumlah pengeluaran KWSP Akaun 1 ini akan dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.
Contoh pembayaran bulan pertama berdasarkan pengeluaran maksimum:
Baki Akaun 1 | Amaun pengeluaran maksimum | Pembayaran bulan pertama |
---|---|---|
RM4,500 | RM4,400 | RM4,400 |
RM10,000 | RM9,900 | RM5,000 |
RM70,000 | RM10,000 | RM5,000 |
RM100,000 | RM10,000 | RM5,000 |
Cara Semak Tarikh Bayaran i-Sinar Melalui i-Akaun
Bagi yang dah lulus dan nak tahu bila tarikh bayaran akan dibuat ke akaun bank, sila rujuk langkah di bawah:
- Buka apps i-Akaun melalui smartphone atau laman web https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
- Login menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan
- Semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL
- Klik ‘WITHDRAWAL HISTORY’
- Seterusnya klik di column kedua yang ada tulis i-Sinar
- Tarikh bayaran akan dipaparkan untuk rujukan anda seperti contoh di bawah
Syarat Kelayakan i-Sinar Kategori 1
Seperti yang dimaklumkan, permohonan i-Sinar masih dibuka sehingga 30 Jun 2021.
Anda masih boleh membuat permohonan bagi Kategori 1 jika memenuhi syarat berikut:
Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, dan:
- Anda sudah lama tidak mencarum
- Anda seorang suri rumah
- Anda bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig
- Anda hilang pekerjaan
- Anda diberi cuti tanpa gaji
- Anda hilang sumber pendapatan
Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:
- Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
- Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.
Permohonan i-Sinar Kategori 2 Akan Dibuka 11 Januari
Bagi anda yang tergolong dalam Kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.
Syarat Kelayakan bagi permohonan i-Sinar Kategori 2 adalah seperti berikut:
Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.
Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
- Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.
Baca selanjutnya: Cara Permohonan i-Sinar Kategori 2 (Dibuka Mulai 11 Januari 2021)
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, sila hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848. atau rujuk Soalan Lazim (FAQ) i-Sinar di SINI.
Untuk sebarang urusan di kaunter KWSP, sila buat janji temu terlebih dahulu: Cara Buat Janji Temu KWSP Online Untuk Urusan Di Kaunter
Sila ikuti perkembangan terkini di media sosial KWSP atau layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home.