Cara Permohonan i-Sinar Kategori 2 (Dibuka Mulai 11 Januari 2021)

CARA PERMOHONAN I-SINAR KATEGORI 2 (DIBUKA MULAI 11 JANUARI 2021)

Seperti yang ditunggu-tunggu, status kelulusan i-Sinar bagi kategori 1 telahpun diumumkan bagi sebahagian besar ahli KWSP mulai 4 Januari 2021.

Menurut KWSP, bagi ahli yang TIDAK LULUS, anda masih berpeluang untuk membuat permohonan di bawah i-Sinar Kategori 2 mulai 11 Januari 2021.

i-sinar kategori 2

Berikut dikongsikan maklumat lebih lanjut tentang syarat kelayakan, cara memohon, dan dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan Kategori 2.

Syarat Kelayakan i-Sinar Kategori 2

Syarat kelayakan bagi iSinar Kategori 2 adalah seperti berikut:

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

i-sinar kategori 2

Tarikh Permohonan

Bagi anda yang tergolong dalam i-Sinar Kategori 2, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021.

Senarai Dokumen Sokongan iSinar Kategori 2 Yang Perlu Disertakan

Permohonan i-Sinar hanya dibuka secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my

Permohonan akan dibuka mulai 11 Januari 2021.

Berbeza dengan Kategori 1 yang mendapat kelayakan automatik, permohonan Kategori 2 memerlukan dokumen sokongan.

Senarai Dokumen Sokongan i-Sinar Kategori 2

  1. Slip/ Penyata gaji SEBELUM pengurangan pendapatan keseluruhan (gaji, elaun tetap, elaun kerja lebih masa, elaun lain, tidak termasuk bonus dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh permohonan); DAN
  2. Slip/ Penyata gaji SELEPAS pengurangan pendapatan keseluruhan (gaji, elaun tetap, elaun kerja lebih masa, elaun lain, tidak termasuk bonus antara bulan April 2020 sehingga bulan permohonan; DAN
  3. Notis Pengesahan Majikan berkenaan pemotongan gaji dan/atau elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ ATAU
  4. Dokumen sokongan lain yang membuktikan pengurangan pendapatan seperti penyata bank.

Baca juga: Cara Dapatkan Penyata Maybank Online (e-Statement) & Print Sendiri

Contoh Dokumen Sokongan iSinar Kategori 2 Bagi Yang Bekerja Sendiri

Jika anda bekerja dalam sektor tidak formal (seperti: bekerja sendiri, penghantar makanan, pemandu e-Hailing, Freelancer) dan pendapatan terjejas, dokumen sokongan yang boleh dikemukakan adalah seperti berikut:

Contoh:
Encik Ali merupakan peniaga di pasar tani. Pendapatannya terjejas mulai April 2020. Beliau memohon i-Sinar pada Januari 2021.

Penyata Bank yang perlu beliau dikemukakan adalah bagi bulan berikut:

  • Pilih salah SATU (1) bulan SEBELUM pendapatan terjejas (SATU bulan dalam tempoh 12 bulan di antara bulan April 2019 sehingga Mac 2020)
  • Pilih salah SATU (1) bulan SELEPAS pendapatan terjejas (SATU bulan selepas bulan April 2020 sehingga bulan Januari 2021)

Cara Muat Naik Dokumen Sokongan iSinar Kategori 2

Untuk menyertakan dokumen sokongan i-Sinar, ia boleh dimuatnaik secara online sahaja di laman web https://isinar.kwsp.gov.my/

Ambil gambar pakai phone pun boleh, asalkan ianya jelas dan boleh dibaca,

Sila rujuk langkah ambil gambar dokumen sokongan i Sinar melalui infografik oleh KWSP seperti di bawah ini:

Anda akan diminta untuk memuat naik semula dokumen sokongan atau tambahan sekiranya dokumen terdahulu yang dimuat naik;

  • tidak jelas;
  • tidak lengkap;
  • tidak berkaitan;

Dokumen ini perlu anda muat naik sebelum 30 Jun 2021 bagi memudahkan proses seterusnya.

Semakan Status & Tarikh Bayaran

  1. Bagi i-Sinar Kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.
  2. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
  3. Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
  4. Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.

Amaun Kelayakan

Amaun kelayakan pengeluaran Akaun 1 KWSP adalah seperti berikut:

amaun kelayakan pengeluaran 10k

Adakah Dibenarkan Membuat Pindaan Kepada Maklumat Permohonan Yang Telah Dihantar Pada Disember 2020?

Boleh.

Cara membuat pindaan adalah seperti berikut:

  1. Klik tab ‘Semak Status Permohonan’ di i-Sinar Online.
  2. Pilih ‘Kemas Kini Permohonan’ untuk meminda maklumat seperti amaun permohonan, alamat surat menyurat, dan nombor akaun bank.

Maklumat Lanjut Tentang i-Sinar Kategori 2

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, sila hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848. atau rujuk Soalan Lazim (FAQ) i-Sinar di SINI.

Untuk sebarang urusan di kaunter KWSP, sila buat janji temu terlebih dahulu: Cara Buat Janji Temu KWSP Online Untuk Urusan Di Kaunter

Sila ikuti perkembangan terkini di media sosial KWSP atau layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: