Tarikh & Semakan Jadual Bayaran i-Lestari April 2021 (Bulan Terakhir)

Tarikh / Jadual Bayaran iLestari Bulan April 2021 (Bulan Terakhir)

Berikut dikongsikan tarikh dan jadual bayaran RM 500 sebulan daripada pengeluaran i-Lestari ini berdasarkan maklumat daripada KWSP.

Jadual Bayaran iLestari Bulan April 2021

Secara umunya, bayaran pengeluaran iLestari setiap bulan akan dimajukan ke bank bermula 1-14 haribulan secara berperingkat.

bayaran ilestari februari 2021

Sebelum membuat semakan pembayaran i-Lestari, anda boleh memahami dahulu jadual pembayaran di atas ini.

  1. Dalam jadual pembayaran i-Lestari, ada 9 group / kumpulan dipaparkan.
  2. Semak semula tarikh pembayaran kali pertama anda pada bulan Mei 2020 atau bulan sebelum ini.
  3. Jika tarikh pembayaran kali pertama pada bulan Mei 2020 adalah pada 4 Mei, maka anda berada dalam group / kumpulan 1.
  4. Maka pembayaran kedua anda adalah 1 Jun, manakala pembayaran ketiga anda pula 1 Julai dan bagi bayaran iLestari April 2021 adalah pada 2 April 2021.

Jika anda masih belum menerima bayaran pada tarikh yang dinyatakan, bermakna pihak KWSP membuat pembayaran secara berperingkat dan anda perlu tunggu beberapa hari lagi.

NOTA: Bagi bayaran bulan Mac minggu pertama, bayaran i-Lestari telah diawalkan ke bulan Februari seperti yang dijelaskan oleh pihak KWSP dalam rajah di bawah.

Tiada bayaran i-Lestari bagi bulan Mac sekiranya ahli telah menerima bayaran sepanjang minggu ini.

Pembayaran awal ini bertujuan untuk melancarkan transaksi bayaran i-Sinar yang akan dibuat mulai 8 Mac.

Anda perlu berhubung terus dengan pihak KWSP jika akaun bank anda tidak aktif atau dibekukan.

*Untuk makluman, permohonan i-Lestari masih dibuka sehingga Mac 2021. Jika anda belum memohon dan ingin memohon, sila rujuk artikel ini: Tarikh Akhir Permohonan i-Lestari 31 Mac 2021. Ini Cara Apply Online

Cara Semakan Status Bayaran iLestari Bulan April 2021 Melalui Laman Web i-Lestari

Anda perlu layari laman web rasmi i-Lestari secara online melalui laman web i-Lestari atau i-Akaun KWSP.

Cara buat semakan adalah seperti berikut:

  1. Layari https://ilestari.kwsp.gov.my/check-status.php
  2. Anda perlu memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Bimbit yang disahkan.
  3. Klik captcha “saya bukan robot”
  4. Klik butang semak
  5. Status dan maklumat bayaran iLestari bulan terkini akan dipaparkan

Cara Semakan Tarikh Bayaran iLestari Melalui i-Akaun KWSP

Cara semakan ini sesuai untuk pemohon yang membuat pengeluaran i-Lestari melalui i-Akaun.

  1. Log masuk ke i-Akaun KWSP
  2. Masukkan ID dan password yang telah didaftarkan.
  3. Anda akan tiba di Menu Utama.
  4. Lihat di bahagian ‘Withdrawal’, anda boleh tahu sama ada pengeluaran i-Lestari telah dikreditkan pada bahagian ‘Payment Date’.
tarikh pembayaran isinar

*Jika anda belum mempunyai i-Akaun, boleh mendaftar melalui kios KWSP: Cara Semak Baki & Daftar i-Akaun Di Kiosk KWSP (RHB, Bank Rakyat, CIMB, Maybank, UTC, Aeon dll)

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut tentang i-Lestari KWSP, sila layari ke laman web https://www.kwsp.gov.my/ms/faq-i-lestari atau berhubung secara online melalui ELYA Chatbot di SINI.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: