Baru Tahu Boleh Guna KWSP Untuk Bayar Ansuran Bulanan Rumah. Ini Caranya

CARA MOHON PENGELUARAN KWSP UNTUK BAYARAN ANSURAN BULANAN RUMAH

Semalam baru dapat SMS permohonan pengeluaran KWSP akaun 2 untuk pengeluaran ansuran rumah berjaya. Kena pergi cawangan KWSP untuk pengesahan biometrik.

Sekejap je dalam 5 minit selesai. Sebelum pergi tu kena mohon online untuk isi borang pengeluaran dalam i-akaun KWSP.

Nanti bila dah lulus akan dapat SMS minta datang ke cawangan KWSP untuk pengesahan biometrik.

bulanan rumah kwsp

Bagi yang belum tahu, ada 3 jenis pengeluaran perumahan di KWSP.

PERTAMA

Pengeluaran deposit rumah pertama. (Saya dah buat. Boleh baca di post ni)
https://www.facebook.com/mus.apandi/posts/10217806654100150

KEDUA

Pengeluaran ansuran rumah setiap bulan. (Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan)

KETIGA

Pengeluaran bayaran prinsipal pinjaman / pokok pinjaman. (Pengeluaran Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan)

bulanan rumah kwsp

Saya pilih buat Pengeluaran ansuran rumah setiap bulan.

Jadi setiap bulan KWSP akan masukkan duit ke dalam akaun saya. So nanti saya akan guna duit tu untuk bayar loan rumah.

Boleh pilih pengeluaran untuk seberapa lama yang kita nak. Bergantung juga kepada amaun dalam akaun 2 KWSP.

Sebelum isi borang tu better stanby Letter Offer (LO) Loan Rumah sebab ada beberapa details dalam LO yang kena isi dalam borang.

Contohnya tarikh loan lulus, jumlah pinjaman, nombor akaun pinjaman, amaun ansuran bulanan loan rumah.

Amaun yang dipohon perlu sama dengan bayaran yang dibayar ke bank. Tak boleh lebih walau sesen pun nanti permohonan akan ditolak. Kalau mohon rendah takde masalah.

Contoh kena bayar ke bank 1k/month. Kena apply pengeluaran maksimum 1k/month juga. Kalau lebih 1100/month nanti tak lulus. Tapi kalau nak mohon 500/month boleh je sebab rendah dari bayaran loan.

P/s : Cuba bayangkan kalau rumah tu ada penyewa, duit sewaan tu boleh guna untuk apa ya

Nak tahu lebih lanjut tentang pengeluaran KWSP untuk bayaran bulanan rumah, sila rujuk di pautan ini :

https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/partial/housing-loan-monthly-installment

(Sumber: Facebook Mus Apandi)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: