Jom Kenali Tengku Hassanal – Ini Biodata & Wajah Anakanda YDP Agong

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah adalah merupakan putera sulung (anakanda kedua) Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Dengan ketampanan dan keramahan yang dimiliki, Tengku Hassanal telah menjadi tumpuan ramai rakyat Sabah & Sarawak semasa  Kembara Kenali Borneo 2023 yang diadakan baru-baru ini. 

Tengku Hassanal

Jika anda nak kenali lebih lanjut mengenai putera Yang di-Pertuan Agong ini, jom baca perkongsian di bawah. 

Tengku Hassanal – Anak YDP Agong

Tengku Hassanal telah diputerakan pada 17 Sept 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang. Ini bermakna putera diraja ini berumur 28 tahun pada tahun ini (2023). 

Putera raja ini memulakan pendidikan sekolah rendahnya di Sherburne, United Kingdom dan kemudian melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah St Thomas dan seterusnya di University of Nottingham. 

Tengku Hassanal

Beliau juga mengikuti pengajian dii Geneva School of Diplomacy and International Relations di Switzerland dengan ijazah dalam bidang Hubungan Antarabangsa. 

Selain itu, beliau juga melanjutkan pengajian di Akademi Tentera Diraja Sandhurst di United Kingdom selama setahun.

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah telah dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang dan Pemangku Raja Pahang.

BACA JUGA: Kembara Mahkota Johor 2023 – Tentatif Penuh & Laluan

Peramah Seperti Bonda dan Ayahandanya

Tengku Hassanal

Tengku Hassanal dikatakan mewarisi sifat rendah diri dan kesederhanaan seperti bonda dan ayahandanya yang suka beramah mesra bersama rakyat. 

Beliau sering kelihatan sembahyang berjemaah di masjid sekitar Kuantan tanpa sebarang protokol yang ketat. Jiwa rakyat yang dimiliki menjadikannya disenangi oleh rakyat jelata. 

Meminati Aktiviti Sukan

Putera diraja yang memiliki wajah yang tampan ini juga sangat meminati sukan terutamanya sukan berkuda polo.

Beliau juga turut meminati sukan lain seperti ragbi, bola sepak, golf, menembak, dan sukan rakyat.

BACA JUGA: Malaysia Futsal Cup 2023: Pasukan Bertanding & Jadual Perlawanan

Mempunyai 6 Orang Adik Beradik

Baginda Sultan Abdullah telah selamat berkahwin dengan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Puteri ketiga Sultan Johor di Masjid Negeri Sultan Abu bakar pada 6 Mac 1986. 

Hasil perkahwinan YDPA bersama Permaisuri Agong, mereka berjaya dikurniakan  6 orang anak iaitu 4 lelaki dan 2 perempuan selepas berusaha sebanyak 17 kali percubaan IVF. Anak sulung baginda mangkat sejurus selepas dilahirkan.

1. Yang Mulia Tengku Ahmad Iskandar Shah: Anakanda pertama YDPA dan Permaisuri Agong dan telah meninggal dunia sejurus dilahirkan pada 24 July 1990.

2. Yang Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah: Putera kedua.

Tengku Hassanal

3. Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah: Putera ketiga YDPA bersama Permaisuri Agong dan telah dilahirkan pada 3 Ogos 1997 di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang.

4.Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah: Putera keempat YDPA bersama Permaisuri Agong dan merupakan kembar kepada Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah

5. Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah: Puteri pertama kepada YDPA dan Permaisuri Agong merupakan kembar kepada Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah yang dilahirkan pada 11 September 2000 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang.

6. Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah: Puteri bongsu dan anak keenam kepada YDPA dan Permaisuri Agong seibu sebapa. 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: