Ambil Upah Mengecat. Tidak Mahu Duit Sebagai Upah Tetapi Ini Yang Dimintanya
Zaman dahulu kanak-kanak banyak bermain dengan aktiviti-aktiviti yang lebih fizikal dan sosial. Malah ada juga yang rajin membantu ibu bapa melakukan kerja di rumah ataupun membantu ketika berniaga.
Berbeza dengan kehidupan kanak-kanak masa kini yang kebanyakannya tidak lekang dengan gajet. Malah setiap seorang boleh dikatakan mempunyai peranti sendiri sejak umur 4 tahun diesbabkan ibu bapa mereka bermampuan.
Namun tidak semua kanak-kanak masa kini ‘melekat’ dengan gajet. Bagi mereka yang tidak berkemampuan, mereka lebih peka dengan keadaan mereka. Ada yang sudah matang dan mampu berfikir seperti orang dewasa.
Terbaharu tular di aplikasi Tiktok di mana pemegang akaun @mfs_bengkelbesi berkongsi video seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang rajin mencari kerja dan turut membantunya mengecat meja.
@x66331 #PerfectAsWeAre #fyp #BestSeatInTheHouse #foryou #fyp
♬ good 4 u – Olivia Rodrigo
Apa yang menarik ialah kanak-kanak terbabit tidak meminta wang sebagai upahnya tetapi hanya meminta beras sebagai gajinya. Alasan anak kecil ini sangat menyentuh hati kerana dia memberitahu beras yang diberikan dapat makan beramai-ramai bersama ahli keluarganya.
Menurut Faeez Salleh, sebenarnya masih ada anak-anak di zaman ini yang tidak meletakkan gajet sebagai pilihan utama dalam mengisi masa yang ada.
“Cuma bila berkenaan upah, saya tanya nak duit ke nak beras. Lepas tu dia kata nak beras. Saya tanya kenapa nak beras, dia kata sebab beras boleh makan ramai-ramai.
Berkenaan video yang dikongsikan itu telah tular, dia ingin memberi sedikit pencerahan berkenaan adik Muhammad Hanif Zakaria itu sebenarnya daripada keluarga B40.
Jelasnya lagi, “Saya tak mahu orang salah sangka, salah anggap kata keluarga adik ni daif. Umur dia 11 tahun, dia rajin dan musim PKP ni dia boring. Kebetulan saya ada job sikit-sikit. Saya panggil dialah, suruh dia belajar pastu saya bagi upah sikit.”
“Tujuan saya nak tunjuk kerajinan dia, budak-budak umur dia sekarang semua gajet tapi dia gajet nombor dua. Dia suka tolong orang, buat kerja-kerja kampung. Kira bukanlah daripada keluarga daif. Harap semua dapat ambil maklum,” ujar Faeez di posting berikutnya.
Meninjau diruangan komen, ramai netizen mendoakan agar adik ini menjadi anak yang soleh dan dimurahkan rezeki.
Bahkan ramai memuji dan tidak menyangka, anak berusia 11 tahun sudah tahu untuk membantu orang tuanya di musim pandemik ini yang rata-rata semua antara kita terasa terbeban dengan masalah kewangan dan sebagainya.