Nak Buat Nasi Arab? Guna Saja Beras Biasa, Pun Jadi!

Sedapnya Nasi Arab!

Tapi, takkan nak beli selalu, kan?

Apa kata cuba buat sendiri.

Resipi pun mudah je.

Jom tengok perkongsian masakan Nasi Arab oleh Puan Dila Noordin.

Menyelerakan.

Ni adalah percubaan pertama saya. Dan menjadi 💪 . Balik solat jumaat suami terkejut tengok isteri nya masak Nasi Arab 😅. Surprise dekat anak² juga sebab memang favourite dorang. Selalu teringin makan di kedai je. Kali ni nekad nk cuba masak sendiri. Bila makan suami dan anak puji² sampai kn si kecil umur setahun lebih pun makan tambah².

Bahan Rebusan Ayam

  • Ayam ½ekor potong 2.
  • 1 kiub ayam
  • 1 biji tomato belah 4
  • 1 biji cili hijau belah 4 (td tt guna yg merah lupa beli hijau 😅)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • ½ sudu jintan manis biji
  • ½ sudu biji ketumbar
  • ½ sudu lada hitam biji

Cara-caranya:

—> rebus semua dalam air tengelam ayam sehingga 30minit, garam sesudu.

—> angkat ayam lumur dgn serbuk kunyit, madu dan sedikit garam.

Berikut pula cara dan bahan untuk menumis nasi:

  • minyak sapi / butter / minyak masak
  • 2½ pot beras basmathi yg telah di rendam ±30min
  • ½ sudu biji ketumbar
  • ½ sudu jintan manis
  • ½ sudu lada hitam

—> tumis bahan sehingga naik bau, masukkan beras kacau ± 1min. Masukkan air rebusan dan ayam di atas sekali. Sukatan air rebusan macam masak nasi biasa. Alihkan ke rice cooker. Tabur daun ketumbar atas ayam bau sedap sangat.

Ini pula resipi salatah dan sambalnya.

  • timun di buang biji tengah, tomato di potong dadu.
  • bawang besar racik halus.
  • garam dan perahan lemon.

Sambal.
-3 btg cili besar merah + 3 cili padi merah, tomato, dun ketumbar.

– blend semua dan perasakan dgn garam gula perahan lemon.

Dah siap.

Bolehlah cuba masak sendiri di rumah nanti.

Bahan-bahan pun mudah nak dapat.

Selamat menjamu selera.

Sumber gambar dan info: Puan Dila Noordin

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: