Tarikh Cuti Hari Raya Aidilfitri 2024 & Cuti Sekolah Tambahan KPM
Tarikh Cuti Hari Raya Aidilfitri 2024 & Cuti Sekolah Tambahan KPM | Malam 29 Ramadan adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam di negara ini.
Hal ini kerana pada malam 29 Ramadan tersebut, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja akan mengumumkan bilakah hari raya Aidilfitri (1 Syawal) akan disambut.
Pengumuman tersebut selalunya akan disiarkan secara langsung menerusi siaran TV seluruh Malaysia.
Untuk tahun 2024, anda boleh rujuk tarikh hari raya dan juga cuti sekolah yang diumumkan KPM melalui perkongsian di bawah ini.
BACA JUGA: Niat Puasa Ganti Dan Sunat – Apakah Hukum Gabung Puasa?
Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2024
Mengikut perkiraan, tarikh jangkaan Hari Raya Aidilfitri / 1 Syawal untuk tahun 2024 adalah pada 10 APRIL 2024*. – *tertakluk pada perubahan.
Penetapan tarikh tersebut adalah berdasarkan kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di 29 lokasi seluruh negara kelak.
Cuti Sekolah Tambahan KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memberi cuti tambahan kepada guru dan pelajar untuk memudahkan persiapan hari raya Aidilfitri dilakukan.
Pemberian cuti sekolah tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 ini diumumkan melalui takwim yang dikeluarkan oleh KPM seperti di bawah:
Cuti Tambahan Perayaan yang diperuntukkan KPM untuk Hari Raya Aidilfitri 2024 adalah sebanyak TIGA HARI iaitu pada: (rujuk gambar)
- 7,8,9 April 2024 (kumpulan A)
- 8,9,12 April 2024 (kumpulan B)
NOTA:
- Kumpulan A : Sekolah-sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu
- Kumpulan B : Sekolah-sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan
Bagaimana Tarikh Hari Raya Aidilfitri Ditentukan?
Menurut JAKIM, Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat kali ke-92 pada 15-16 Mac 1972 telah bersetuju penetapan tarikh permulaan puasa, Aidilfitri dan Aidiladha berdasarkan kepada rukyah dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukyah (kebolehnampakan).
Bagi menyelaraskan penentuan tarikh puasa dan hari raya, Jawatankuasa Penetapan Awal Puasa dan Hari Raya dianggotai Jabatan Mufti Negeri, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) serta Jakim akan mengesahkan hitungan dibuat Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam.
Pengesahan hitungan itu kemudiannya disampaikan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui Setiausaha MKI berkenaan tarikh melihat anak bulan serta kedudukan anak bulan mengikut kiraan falak.
Di peringkat negeri pula, Jawatankuasa Melihat Anak Bulan ditubuhkan dan keanggotaan diketuai oleh Mufti Negeri, Kadi Daerah, Pengarah Jabatan Ukur (beragama Islam), wakil Jabatan Agama Islam dan seorang ulama atau ahli falak. Jawatankuasa ini berperanan melaksanakan cerapan hilal menggunakan peralatan seperti teodolit atau teleskop.
>> Lengkapkan raya anda dengan lampu pelita raya yang menarik ini!
Kemudahan peralatan cerapan ini bergantung kepada lokasi cerapan dilaksanakan.
Pengesahan hilal kelihatan hanya boleh dibuat oleh ahli jawatankuasa yang dilantik membabitkan sekurang-kurangnya dua penyaksian.
Makluman itu disampaikan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia yang akan mempersembahkannya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
BACA JUGA: Kalori Makanan Hari Raya – Jom Ketahui Kalori Makanan Yang Anda Makan!
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang tarikh-tarikh penting dalam Islam, anda boleh rujuk laman web JAKIM atau Portal e-solat di pautan berikut: https://www.e-solat.gov.my/.