in

JaminKerja 2.0: Insentif Kewangan Untuk Majikan & Pencari Kerja

jaminkerja 2.0
ADVERTISEMENT

PROGRAM JAMINKERJA PERKESO 2.0 : Berita baik buat yang sedang mencari kerja!

Lanjutan Insentif Program Jamin Kerja – Insentif Penggajian (Program JaminKerja 2.0) sehingga 31 Disember 2022 di mana pekerja yang baru ditawarkan bekerja akan menerima bantuan mobiliti sebanyak RM 500 dibayar terus secara one-off kepada pekerja.

ADVERTISEMENT

Insentif Program JaminKerja 2.0 ini juga dikhaskan kepada majikan yang mengambil pekerja baru dalam kalangan sektor Pelancongan, Wanita, Penggantian Pekerja Asing dan Pegawai Dagang, Golongan Rentan seperti Orang Kurang Upaya, Golongan Miskin Tegar atau Asnaf, Pekerja Berumur 50 tahun ke atas.

Jom ketahui lebih lanjut tentang program ini.

Apakah JaminKerja 2.0?

Program JaminKerja – Insentif Penggajian merupakan satu insentif kewangan yang diberikan kepada majikan yang membuat pengambilan baharu mulai 1 Januari 2022 dalam kalangan perantis, graduan, golongan mudah terjejas termasuk OKU, bekas tentera, bekas banduan, warga emas serta penganggur am.

Melalui insentif ini, pekerja yang baru ditawarkan bekerja akan menerima bantuan mobiliti sebanyak RM500 dibayar terus secara one-off kepada pekerja.

Insentif sebanyak 20% daripada gaji kasar sehingga RM12,000 bagi setiap pekerja sekiranya berjaya bekerja bagi 6 bulan yang pertama dan sebanyak 40% daripada gaji kasar sehingga RM24,000 sekiranya pekerja diambil bekerja sehingga 6 bulan yang seterusnya.

jaminkerja 2.0
jaminkerja 2.0
jaminkerja 2.0

Secara keseluruhan, insentif maksima sebanyak RM36,000 disediakan bagi setiap individu yang diambil di bawah Program JaminKerja – Insentif Penggajian.

Insentif dibayar kepada majikan setiap 2 bulan bagi penggajian yang dilaksanakan dalam tempoh 12 bulan.

Bayaran akan dilaksanakan bagi tempoh pekerja secara aktif dan akan ditamatkan sekiranya berhenti kerja.

Kadar Insentif

Berikut adalah jadual kadar insentif yang akan diberikan kepada pekerja mengikut kategori.

  • Elaun Mobiliti juga disediakan kepada pekerja yang diambil sebanyak RM500 yang dibayar secara terus secara ‘one off’ kepada pekerja yang akan dibayar pada bulan pertama insentif pengambilan diluluskan.

Syarat Kelayakan – PEKERJA

KategoriSyarat Kelayakan
PerantisanPekerja berumur 18 – 30 tahunJawatan Eksekutif sahaja
Pencari Kerja AmPekerja berumur 16 – 50 tahunMenganggur sekurang-kurangnya 60 hari
Golongan Mudah TerjejasIndividu menganggur melebihi tempoh 180 hari Penerima Faedah SIPBekas TenteraOrang AsliBekas Banduan / Orang yang diparolOrang Kurang Upaya (OKU)Pekerja berumur 50 tahun dan ke atas
WanitaMenganggur melebihi 6 bulanIbu tunggal / suri rumah yang tidak aktif bekerjaTawaran kerja yang secara flexible
Pekerjaan di bawah sektor utamaPekerjaan yang di bawah sektor berkaitan Pelancongan
Penggantian Pekerja Asing & Pegawai DagangMajikan yang mempunyai bukti pengambilan pegawai dagang ataupun pekerja asing dan melaksanakan penggantian dengan pekerja dalam kalangan rakyat Malaysia

Syarat Kelayakan – MAJIKAN

  • Majikan yang layak memohon Program JaminKerja – Insentif Penggajian adalah:
    • Majikan daripada semua kategori industri yang berdaftar dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2022
    • Majikan daripada Sektor Awam, Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri, Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hanya layak bagi kategori Perantisan
  • Majikan yang TIDAK layak adalah:
    • Agensi Pekerjaan Swasta ataupun Syarikat Penyumberan Luar (Outsourcing / Contractor for Service) yang memberikan perkhidmatan penempatan pekerjaan kepada perusahaan lain (principal) dan bukannya sebagai majikan utama
    • Walaubagaimanapun, Agensi Pekerjaan atau Syarikat Penyumberan Luar yang bertindak sebagai majikan langsung, yang melaksanakan pembayaran gaji dan caruman pekerja adalah layak untuk membuat permohonan insentif ini

Cara Permohonan JaminKerja 2.0

  • Dokumen yang diperlukan:
    1. Maklumat akaun bank majikan (salinan hadapan yang tertera nama majikan), nombor akaun majikan dan nama bank
    2. Maklumat nombor pendaftaran perniagaan majikan yang telah disahkan oleh Pihak Bank (Business Registration Number – BRN)
    3. BRN Borang Pengesahan Pekerja yang telah ditandatangani oleh pekerja
    4. Maklumat akaun bank pekerja (salinan halaman hadapan Penyata Bank yang tertera nama pekerja, nombor akaun pekerja, nombor kad pengenalan dan nama bank)
  • Langkah untuk memohon inisiatif:
    1. Majikan perlu mendaftarkan kekosongan pekerjaan di Portal MYFutureJobs
    2. Setelah pengambilan pekerja dilaksanakan (pengambilan mulai 1 Januari 2022), daftarkan pekerja baharu di Portal JaminKerja untuk permohonan Program JaminKerja – Insentif Penggajian
      • Majkan akan terima kelulusan pekerja yang layak dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan
      • Majikan dikehendaki membayar gaji seperti di surat tawaran pekerja
      • Bayaran kepada majikan akan terus dikreditkan setiap 2 bulan berdasarkan rekod caruman wajib kepada PERKESO dan KWSP
    3. Pihak majikan boleh membuat permohonan insentif melalui Portal JaminKerja 
      • Pembayaran akan dimasukkan ke akaun syarikat (majikan) sekiranya permohonan telah memenuhi syarat-syarat kelayakan.
      • Pembayaran bantuan mobiliti dan Insentif Malaysianization akan dimasukkan ke akaun pekerja sekiranya permohonan telah memenuhi syarat-syarat kelayakan.
      • Bayaran bagi tuntutan permohonan akan dilakukan setiap 2 bulan sehingga tempoh 6 bulan bagi kategori perantisan dan 12 bulan bagi lain-lain kategori.
    4. Untuk mendapatkan insentif setiap 2 bulan, majikan perlu memastikan bayaran gaji seperti yang ditawarkan di dalam kontrak, bayaran caruman PERKESO and caruman KWSP dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:

Baca juga:

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

program perumahan rakyat keluarga malaysia prkm

Permohonan Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM)

aman shah meninggal dunia

Penyanyi Era 1980-an, Aman Shah Meninggal Dunia