Permohonan Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM)
PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT KELUARGA MALAYSIA (PRKM) 2022
Untuk makluman, pada 12 September 2022, Kabinet telah meluluskan cadangan Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KPLB) untuk menaikkan kadar bantuan seunit bagi pembinaan Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM).
Dengan kelulusan ini, harga baharu bagi projek Bina Baharu PRKM di Semenanjung dinaikkan daripada RM56,000 kepada RM66,000 seunit dan RM68,000 kepada RM79,000 seunit di Wilayah Sabah, Sarawak dan Labuan.
Selain itu, nilai kadar maksimum RM15,000 dinaikkan di Semenanjung dan kadar maksimum RM17,000 di Sabah, Sarawak dan Labuan bagi program Baik Pulih rumah PRKM berbanding kadar sebelum ini iaitu RM13,000 di Semenanjung dan RM15,000 di Sabah, Sarawak dan Labuan.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM).
Apa Itu Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM)
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah memperkenalkan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi mereka yang ingin membaik pulih atau membina rumah baru untuk diduduki.
PKRM sebelum ini dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Ia adalah salah satu langkah pembasmian kemiskinan luar bandar dalam memastikan kumpulan sasar (miskin dan miskin tegar) dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.
Objektif PRKM adalah untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.
Kadar Bantuan Baharu Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia 2022
Kadar bantuan baharu bagi projek Bina Baharu PRKM di Semenanjung dinaikkan daripada RM56,000 kepada RM66,000 seunit dan RM68,000 kepada RM79,000 seunit di Wilayah Sabah, Sarawak dan Labuan.
Selain itu, nilai kadar maksimum RM15,000 dinaikkan di Semenanjung dan kadar maksimum RM17,000 di Sabah, Sarawak dan Labuan bagi program Baik Pulih rumah PRKM berbanding kadar sebelum ini iaitu RM13,000 di Semenanjung dan RM15,000 di Sabah, Sarawak dan Labuan.
Syarat Kelayakan
Kumpulan sasar PPRT adalah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa.
Kriteria kumpulan sasar penerima bantuan PPRT yang LAYAK adalah seperti berikut:
- Disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
- Diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
- Diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
- Diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian
Syarat bantuan Bina Baharu diberikan kepada peserta yang:
- tidak mempunyai rumah;
- rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami;
- tidak ekonomik untuk dibaiki;
- memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh); atau
- pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B).
Syarat bantuan Baik Pulih:
- Bantuan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
- Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B.
Selain memenuhi kriteria-kriteria kelayakan di atas, keutamaan bantuan diberikan kepada:
- warga emas;
- orang kurang upaya (OKU);
- ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai;
- mangsa bencana yang berskala kecil; dan
- Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang
Cara Permohonan
Permohonan PPRT secara atas talian (online) hendaklah diisi dengan teliti dan lengkap.
Sila sediakan maklumat berkaitan pemilikan harta / tanah, pendapatan, gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang) dan gambar rumah semasa (sekiranya ada) sebelum menghantar permohonan.
ISI BORANG PERMOHONAN ONLINE : https://e-spkr.rurallink.gov.my/v1/online/
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Program Perumahan Rakyat Termiskin ini, sila layari pautan berikut:
- https://www.rurallink.gov.my/program-perumahan-rakyat-termiskin-pprt/
- https://e-spkr.rurallink.gov.my/v1/online/
Baca juga: