in

BKSS 7.0 Plus : Bantuan Tambahan RM3,000 One-Off Untuk Peniaga

bkss 7.0 plus
ADVERTISEMENT

Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 7.0 Plus

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg mengumumkan dua bantuan tambahan kepada Industri Kecil dan Sederhana (SME) dan Perusahaan Mikro (Micro Enterprises) yang berdaftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) setakat 31 Mac 2021.

ADVERTISEMENT

Menurut beliau, kerajaan negeri akan memberi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 7.0 secara ‘one-off’ sebanyak RM3,000 dan ia akan memberi manfaat kepada 24,600 perusahaan mikro di Sarawak.

“Kerajaan Sarawak juga akan menyediakan Khas Sarawakku Sayang sebanyak RM3,000 untuk perusahaan mikro di Sarawak yang berdaftar dengan PERKESO setakat 31 Mac 2021.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyampaian Secara Simbolik Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 7.0) dan Pengumuman Bantuan BKSS 7.0 Plus di Wisma Bapa Malaysia, di sini pada Khamis.

Baca juga:

Ketua Menteri menambah, manakala bagi bantuan kewangan sebanyak RM10,000 untuk Perusahaan Kecil Dan Sederhana (SME) yang aktif di Sarawak yang berdaftar dengan PERKESO pula dilanjutkan dari 31 Disember 2020 hingga 31 Mac 2021.

Beliau juga menambah bahawa terdapat lebih 30 peratus perusahaan kecil yang layak menerima bantuan tersebut masih belum mengemukakan perincian bank bagi tujuan kelulusan dan pembayaran.

Justeru, beliau berharap perusahaan yang terbabit dapat mengemukakan dokumen yang berkaitan sebelum tarikh akhir yang dinyatakan.

Beliau juga berharap agar langkah-langkah ini akan meringankan beban kewangan kepada komuniti perniagaan dan membolehkan mereka bergerak ke hadapan dalam fasa pemulihan pandemik COVID-19. 

Terdahulu, Ketua Menteri telah menyampaikan Bantuan Kewangan secara simbolik sebanyak RM10,000 kepada pihak industri kecil dan sederhana di bawah program BKSS 7.0.

Sumber: Unit Komunikasi Awam Sarawak (EDISI UKAS)

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

‘Instafamous’ Ini Mahu Taja Tiket Bas Balik Kampung Untuk Yang Tidak Berkemampuan!

Tempoh Kuarantin Selepas Pulang Dari Luar Negara Dikurangkan Dengan Syarat