BKSS 6.0: Bantuan Tunai RM250 Sebulan Untuk 6 Bulan (KIR), RM500 Bujang

KUCHING : Kerajaan Sarawak telah mengumumkan pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 menerusi 15 langkah, bagi meneruskan kelangsungan bantuan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan berkuatkuasa esok, 29 Mei 2021 sehingga 11 Jun 2021.

Berucap dalam Sidang Media Khas di Kuching, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menjelaskan, pakej tersebut merangkumi 8 langkah pembayaran tunai dan 7 langkah pemberian diskaun.

bkss 6.0

BKSS 6.0: Semakan Status & Jumlah Bayaran

1. Bantuan Tunai BKSS 6.0 Untuk KIR (RM250 Sebulan Untuk 6 Bulan) & Bujang (RM500 one-off)

Antara langkah-langkah pembayaran tunai adalah pertama, insentif untuk Ketua Isi Rumah B40 Sarawak untuk tempoh 6 bulan (RM250 sebulan – mulai 31 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021) dan individu bujang B40 berumur 21 tahun ke atas secara one-off (RM500 – mulai 31 Ogos 2021).

Permohonan dan Semakan Status Bayaran BKSS 6.0

Anda boleh membuat semakan sama ada anda penerima BKSS atau bukan dengan melayari:  https://bkss.sarawak.gov.my/

Menurut sumber, kelulusan BKSS 6.0 adalah berdasarkan penerima BSH sebelum ini.

TERKINI:

Penerima yang tiada akaun bank dan pernah menerima BKSS 1.0 hingga 5.0 sebelum ini, sila rujuk ke BSN untuk menerima bayaran anda.

Difahamkan bahawa bayaran BKSS 6.0 bagi Kategori Isi Rumah akan diberikan secara lump sum selama 3 bulan bagi memudahkan penerima.

Baki bayaran untuk 3 bulan berikutnya akan diberikan setelah dimaklumkan kelak.

Lain-lain Bantuan Khas Untuk Rakyat Sarawak Dalam Tempoh PKP

1. Elaun Bulanan Khas Untuk Barisan Hadapan

Kedua, elaun bulanan khas petugas barisan hadapan yang menangani pandemik COVID-19 di Sarawak untuk tempoh 6 bulan (Anggota Kesihatan (RM300), Kakitangan Imigresen Yang Bertugas Di Pos-Pos Kawalan Sempadan (RM200), Kakitangan PDRM dan Bilik Gerakan Negeri (RM200), Angkatan Tentera Malaysia yang menjaga sempadan (RM200), Anggota RELA (RM200), Anggota Kastam diRaja Malaysia yang bertugas di semua pintu masuk sempadan/pelabuhan/lapangan terbang (RM200), Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan yang bertugas dalam perkhidmatan kecemasan/kerja-kerja pemeriksaan/sanitasi (RM200), Anggota Bomba dan Penyelamat (RM200), Anggota Angkatan Pertahanan Awam (RM200) ).

2. Insentif RM1500 Pengamal Media

Ketiga, insentif kepada pengamal media barisan hadapan di Sarawak secara one-off (RM1,500).

3. Bantuan RM1500 Penjaja & Peniaga Kecil

Keempat, geran kepada penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan melalui Sarawak Pay (RM1,500 secara 2 peringkat; RM750 pada bulan Julai dan RM750 pada bulan Disember 2021).

Baca juga: Penyertaan Sukarelawan Kesihatan Bagi Menangani Pandemik COVID19

4. Insentif RM1500 Untuk Pengendali Penambang

Kelima, insentif untuk pemilik dan pengendali penambang yang berdaftar dengan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak secara one-off (RM500).

5. Insentif RM600 Pengendali Van, Teksi, Bas

Keenam, insentif untuk Pengendali Van Penumpang, Pemandu Teksi, Pengendali Bas dan Van Sekolah yang berdaftar di Sarawak (RM600).

6. Bantuan RM500 Pemandu e-Hailing & Tenaga Pengajar Memandu

Ketujuh, bantuan kewangan kepada Pemandu e-Hailing dan Tenaga Pengajar Memandu secara one-off melalui Sarawak Pay (RM500).

7. Bantuan Kepada Agensi Pelancongan / Operator Homestay / Pemandu Pelancong

Kelapan, bantuan khas kepada Agensi Pelancongan berlesen (RM3,000), Operator Homestay berlesen (RM600), Pemandu Kenderaan Pelancongan berlesen (RM500), Pemandu Pelancong dan Pemandu Pelancong Taman Negara yang berlesen (RM1,500).

Baca juga: BPR Fasa 3: Tarikh Bayaran & Jumlah Baki Yang Akan Diterima

8. Diskaun

Manakala, langkah-langkah pemberian diskaun pula adalah

  • Diskaun 5% sehingga 25% ke atas bil elektrik bulanan;
  • Diskaun 10% hingga 25% ke atas bil air bulanan;
  • Diskaun 25% taksiran kadar cukai pintu tahunan melebihi RM400;
  • Diskaun 30% untuk kadar cukai pintu tahunan RM400 dan ke bawah;
  • Diskaun 50% sewa pasar dan gerai;
  • Diskaun 50% sewa skim perumahan Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC);
  • Pengecualian bayaran sewa kepada Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di premis-premis perniagaan milik badan-badan berkanun dan syarikat-syarikat GLC negeri
  • Penyediaan bakul makanan kepada isi rumah yang terjejas semasa PKP.

Melalui langkah-langkah tersebut, tambah Ketua Menteri kerajaan Sarawak sentiasa melaksanakan inisiatif yang terbaik bagi membantu meringankan beban rakyat.

*Sumber: EDISI UKAS (Unit Komunikasi Awam Sarawak)

Maklumat Lanjut

Jika terdapat sebarang persoalan, sila hubungi

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: