Program SIP GIG PERKESO : Insentif RM600-RM800 Sebulan Untuk 6 Bulan

Permohonan bagi program SIP Gig telah dibuka mulai 17 Januari 2022!

SIP Gig memberikan insentif kewangan kepada individu yang menganggur atau tidak bekerja untuk melaksanakan pekerjaan secara jangka masa pendek.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini dan cara memohon melalui aplikasi PERKESO Prihatin atau di Portal Matrix PERKESO.

Apakah SIP GIG PERKESO 2022?

SIP Gig PERKESO merupakan insentif kewangan berjumlah RM600 sehingga RM800 sebulan bagi tempoh maksimum 6 bulan bagi pekerja gig yang baharu di bawah Bajet 2022.

Insentif ini memberi fokus kepada individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji, diberhentikan kerja, penganggur lebih daripada 60 hari, pencari kerja daripada golongan terjejas dan suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada enam (6) bulan yang terlibat dalam pekerjaan yang tidak terikat dengan waktu bekerja menggunakan Platform Digital berdaftar di bawah PERKESO.

Objektif Program

  • Memberi peluang kepada individu yang menganggur atau tidak bekerja untuk melaksanakan pekerjaan secara jangka masa pendek.
  • Menggalakkan pencari kerja atau individu menganggur mengambil peluang pekerjaan merentasi pekerjaan tidak formal atau kerjaya ekonomi gig melalui platform digital.

Syarat Kelayakan SIP GIG PERKESO 2022

Individu yang layak adalah mereka yang memenuhi salah satu daripada syarat berikut:

  • Individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji (minimum sebulan) atau yang diberhentikan kerja.
  • Individu / graduan yang menganggur melebihi 60 hari.
  • Pencari kerja daripada golongan terjejas seperti OKU, bekas banduan dan lain – lain.
  • Suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada 6 bulan dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,208 selaras dengan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini.
  • Semua pekerja untuk program ini mesti berumur 18-60 tahun pada tahun 2022.
  • Semua pekerja untuk program ini mesti membuat pendaftaran mulai 1 Januari 2022 di platform digital yang berdaftar dengan PERKESO.

*Individu yang TIDAK LAYAK adalah:

  • Individu yang aktif bekerja.
  • Individu yang telah menerima insentif di bawah Program KerjayaGig.
  • Individu yang telah menerima insentif mobiliti di bawah Program Penjana Kerjaya tetapi telah berhenti kerja secara sukarela.
  • Pelajar praktikal atau individu yang masih belum tamat pengajian

Kadar Insentif / Bayaran

Kadar bayaran insentif yang akan diterima adalah dari RM600 sebulan hingga RM800 sebulan.

Sila rujuk kaedah pembayaran dan kadar komisen seperti dalam jadual di bawah:

Tarikh Permohonan SIP GIG PERKESO 2022

Tarikh permohonan dibuka : 17 Januari 2022

Tarikh akhir permohonan: 30 Jun 2022

Cara Permohonan

  1. Muat turun aplikasi PERKESO Prihatin di Apple App Store atau Google PlayStore atau layari matrix.perkeso.gov.my
  2. Layari platform digital yang berdaftar dengan PERKESO sahaja.
  3. Buat permohonan di Aplikasi PERKESO atau di matrix.perkeso.gov.my
  4. Sekiranya permohonan diluluskan, log aktiviti perlu dimuat naik setiap bulan untuk menerima insentif.

Sekiranya terpilih dan lulus untuk menyertai Program SIP Gig, berikut adalah langkah yang perlu dilakukan sepanjang menerima insentif program ini:

  1. Menghantar Log Aktiviti pembuktian secara cetakan berkomputer yang mengandungi jumlah komisen berserta letterhead rasmi atau logo platform digital setiap bulan bagi tempoh 6 bulan.
  2. Dengan minimum komisen bulanan berjumlah RM1,200 atau 40 jam seminggu, OBS layak mendapat insentif berjumlah RM600 sebulan.
  3. Sekiranya OBS mencapai jumlah komisen RM2,500 dan ke atas ataupun 60 jam seminggu, insentif tambahan sebanyak RM200 akan diberikan kepada OBS menjadikan insentif keseluruhan berjumlah RM800 sebulan.

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan:

  • Maklumat akaun bank individu bekerja sendiri (salinan muka hadapan penyata bank yang mengandungi nama pekerja, nombor akaun bank, kad pengenalan, dan nama bank).
  • Senarai surat atau dokumen sokongan mengikut kategori kelayakan:

(*Sila rujuk jadual berikut mengikut kategori kelayakan masing-masing)

Baca juga: eMaklum JANM: Semakan Elaun & Notifikasi Bayaran Dari Kerajaan

Maklumat Lanjut

Kunjungi www.perkeso.gov.my atau www.myfuturejobs.gov.my untuk maklumat lanjut tentang program ini.

Individu yang berminat boleh juga menghubungi talian perkhidmatan khas di 03-80915300 / 1-300-22-8000

atau

Sila rujuk FAQ dalam lampiran di bawah:

sip gig perkeso 2022
sip gig perkeso 2022
sip gig perkeso 2022
sip gig perkeso 2022

Baca juga: Program Kasih Suri Keluarga Malaysia 2022 PERKESO / KWSP

Sekiranya terdapat sebarang aduan anda boleh mengemukakan aduan tersebut di
https://eaduansip.perkeso.gov.my.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: