Cara Mohon GKP 4.0 (Panduan Mengisi Borang Geran Khas Prihatin 4.0)
CARA MOHON GKP 4.0 (STEP-BY-STEP)
Untuk makluman, Geran Khas Prihatin yang diumumkan di bawah Pakej PEMULIH (GKP 4.0) telah dibuka permohonannya mulai 15 Julai 2021 (Khamis).
Bagi yang belum tahu, Geran Khas Prihatin adalah bantuan kepada PKS mikro yang diwujudkan bagi membantu kelangsungan syarikat dalam tempoh pandemik COVID19.
Berikut dikongsikan info lanjut tentang Geran Khas Prihatin 4.0 serta cara membuat permohonan bagi anda yang layak.
Apakah GKP 4.0?
GKP 4.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi membantu aliran tunai perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
Siapakah Yang Layak Menerima GKP 4.0?
PKS mikro yang berstatus Lulus GKP seperti berikut:
- Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0
- Permohonan baharu GKP 4.0
Nilai Bantuan
Nilai bantuan GKP 4.0 adalah seperti berikut:
- Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 yang berstatus Lulus : RM1,000 (2 Fasa)
- Lulus permohonan baharu GKP 4.0 : RM1,000 (2 Fasa)
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan Geran Khas Prihatin 4.0 adalah seperti berikut:
- Bukan penerima GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 sebelum ini; dan
- Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
- Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
- i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
- ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
- Berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 30 Jun 2021; dan
- Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
Baca juga: SIP Prihatin 2.0: Elaun Mencari Pekerjaan RM300 Bagi Bukan Pencarum PERKESO
Tarikh Permohonan
Permohonan baharu GKP 4.0 akan dibuka mulai 15 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021.
Kaedah Pembayaran
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada
permohonan baharu GKP 4.0 atau penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0.
Akaun bank persendirian pemohon mestilah sama ada akaun bank simpanan / semasa yang aktif sahaja.
Cara Mohon GKP 4.0
Permohonan baharu GKP 4.0 boleh dibuat secara dalam talian sahaja menerusi portal rasmi
GKP (https://gkp.hasil.gov.my).
Permohonan baharu secara manual di cawangan-cawangan LHDNM tidak akan diterima.
Berikut dikongsikan cara membuat permohonan di laman web GKP.
- Layari laman web https://gkp.hasil.gov.my
- Daftar masuk sebagai pengguna dengan memasukkan no kad pengenalan Captcha.
- Klik butang ‘Permohonan Baharu’
- Isikan Maklumat Pemohon, Maklumat Pasangan dan Maklumat Perniagaan.
- Setelah selesai mengisi maklumat, buat pengesahan Captcha, Akuan dan Hantar.
- Seterusnya, untuk mendaftar akaun, sila masukkan nombor MyKad dan klik Carian.
- Isikan Poskod dan Bandar yang diisi semasa permohonan di Bahagian Maklumat Perniagaan.
- Isikan Kata Laluan dan Frasa Keselamatan. Klik Daftar.
- Setelah mendaftar, sila buat semakan. Klik Log Masuk, isi nombor Mykad dan Kata Laluan.
(Rujuk langkah bergambar di bawah)
Baca juga: Cara Mohon i-Citra Step-by-Step & Tips Untuk Yang Guna Handphone
Panduan Mengisi Borang Permohonan GKP 4.0
Sila rujuk nota penerangan di bawah untuk mengisi maklumat dalam borang permohonan GKP 4.0.
Semakan Status
Semakan status permohonan baharu dan tarikh bayaran Geran Khas Prihatin 4.0 boleh dibuat secara dalam talian apabila tarikh rasmi diumumkan menerusi Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my).
Langkah semakan adalah seperti berikut:
- Layari laman web https://gkp.hasil.gov.my
- Log masuk sebagai pengguna dan masukkan ID (no kad pengenalan) dan kata laluan.
- Status anda akan dipaparkan seperti di bawah.
Soalan Lazim
Jika terdapat sebarang persoalan, sila rujuk soalan lazim di bawah.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan atau cara mohon GKP 4.0 boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).