in

Penerima GKP Akan Dipertimbangkan Untuk Terima BKM

gkp bkm
ADVERTISEMENT

Penerima GKP Yang Layak Akan Dipertimbangkan Untuk Terima BKM

Berita gembira untuk penerima GKP, tentu ramai yang sedih apabila kerajaan tidak meneruskan bantuan Geran Khas Prihatin bagi tahun 2022 nanti.

ADVERTISEMENT

Namun jangan risau, Menteri Kewangan telah mengumumkan semalam bahawa penerima GKP yang layak boleh menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Perkara ini dimaklumkan melalui sebuah kenyataan media rasmi Kementerian Kewangan semalam.

Penerima GKP Yang Layak Akan Terima BKM

Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang tidak diluluskan permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau Bantuan Khas COVID (BKC) B40, akan dipertimbangkan untuk BKM secara automatik mengikut syarat kelayakan tanpa perlu membuat permohonan.⠀

Dengan itu, penerima GKP yang layak akan turut menerima bantuan tunai sebanyak RM8.2 bilion di bawah BKM pada tahun 2022 yang akan memanfaatkan 9.6 juta rakyat. ⠀

Di samping itu, data penerima BPR dan BKC B40 bersama-sama dengan data daripada agensi Kerajaan yang lain seperti e-Kasih, bantuan JKM, dan penghuni Perumahan Awam serta Projek Perumahan Rakyat, juga akan dimasukkan ke dalam data permohonan BKM bagi memastikan tiada yang tercicir dari menerima bantuan.⠀

gkp bkm
gkp bkm

Tarikh Permohonan & Bayaran BKM

Bagi permohonan baharu dan kemas kini BKM, tempoh pendaftaran akan dibuka mulai 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022 bagi memastikan mereka yang layak dan tiada dalam pangkalan data Kerajaan diberikan peluang untuk memohon.

Pembayaran BKM jakan dilaksanakan 4 kali setahun.

Tarikh pembayaran BKM pertama dijangka bermula pada bulan Mac 2022.

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut berkaitan BKM boleh dirujuk pada Soalan Lazim (FAQ) di portal LHDNM atau kenyataan media di bawah:

FAQ Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Dikongsikan di sini ringkasan Bantuan Keluarga Malaysia untuk rujukan semua yang dikemaskini oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri menerusi laman web BPR.

Sumber: Tengku Zafrul / Kementerian Kewangan Malaysia

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

kwsp akaun 1

Caruman Baharu Pengeluar i-Citra, i-Sinar Dikreditkan Ke Akaun 1 KWSP

Produk Roti Gardenia Naik Harga Dari 10-45 Sen Mulai 1 Disember Ini