Permohonan Skim Pembiayaan Program TemanNita TEKUN 2021 / 2022

Skim Pembiayaan TEMANNITA oleh Tekun Nasional (TEKUN)

Skim Pembiayaan Program TemanNita – Membantu usahawan wanita mendapatkan pembiayaan secara berkumpulan dengan lebih mudah, cepat dan efisien untuk keperluan perniagaan.

Inisiatif ini adalah bagi memberi lebih banyak peluang kepada kaum wanita untuk mendapat manfaat pembangunan kapasiti dalam bidang keusahawanan terutamanya bagi membantu wanita yang terkesan menjana pendapatan dalam keadaan pandemik ini.

Ketahui lebih lanjut tentang syarat-syarat dan permohonan program ini di bawah.

Baca juga: Senarai Bantuan Ibu Tunggal & Surirumah Yang Dibuka Sepanjang Tahun

Apakah TemanNita?

Skim Pembiayaan Program TemanNita adalah pembiayaan mikro yang digunakan untuk membiayai secara berkumpulan khusus untuk kaum wanita .

Ia bertujuan membantu usahawan wanita bumiputera mendapatkan pembiayaan secara berkumpulan dengan lebih mudah, cepat dan efisien untuk keperluan perniagaan serta membantu dan membimbing usahawan melalui pembentukan sistem sokongan.

Kelebihan Program TemanNita

Kelebihan dan perbezaan Program TemanNita adalah seperti dibawah:

  1. Caj perkhidmatan yang terendah 4% setahun dikalangan Institusi Mikro Kredit di Malaysia.
  2. Ahli khusus untuk wanita sahaja.
  3. Perjumpaan mingguan dibuat dilokasi yang berdekatan dengan tempat perniagaan dan dalam tempoh yang singkat.

Jenis Pembiayaan Yang Ditawarkan

Jenis pembiayaan yang ditawarkan di bawah program ini adalah seperti berikut:

Perniagaan berkumpulan lima orang WANITA ( 5 ) dan jumlah seperti berikut:

  • Pembiayaan Pertama dari RM1,000 Sehingga RM10,000
  • Pembiayaan Kedua RM1,000 sehingga RM20,000

Pembiayaan Program TemanNita dikenakan caj pengurusan sebanyak 4% setahun
dan 5% setahun untuk simpanan / tabungan peminjam.

Proses kelulusan adalah dalam tempoh 14 hari bekerja.

Syarat-syarat

  • Bumiputera
  • Wanita yang mempunyai perniagaan sah.
  • Semua jenis perniagaan yang sah disisi undang-undang dan mengikut syariah.
  • TemanNita wajib hadir ke perjumpaan mingguan dan membuat bayaran pembiayaan setiap minggu*
  • Perjumpaan secara mingguan dan di dalam kes tertentu dibenarkan minima hadir 2 kali dalam sebulan dengan persetujuan pihak TEKUN.
  • Bayaran balik setiap minggu, dua minggu sekali & sebulan sekali DIBENARKAN tanpa pengurangan jumlah bayaran balik yang telah ditetapkan di dalam Perjanjian Pembiayaan.
  • Jumlah dan tempoh pembiayaan adalah sama bagi setiap ahli kumpulan.
  • Penyelesaian awal pembiayaan bagi mana mana ahli / kumpulan dibenarkan selepas 6 bulan dari tarikh permohonan terdahulu diluluskan.
  • Sekiranya ahli meninggal dunia, membuat penyelesaian awal, berpindah dan lain-lain, tidak perlu membuat penggantian ahli kumpulan.
  • Semua ahli kumpulan ( 5 orang ) dibenarkan membuat pembiayaan serentak tanpa menunggu prestasi ahli lain kerana semua sudah menjalankan perniagaan.
  • Proses kelulusan yang cepat di dalam tempoh 14 hari bekerja

(*di dalam kes tertentu / tidak dapat dielakkan ahli dibenarkan hadir ke perjumpaan minima 2 kali dalam tempoh sebulan dan bayaran balik dibuat mengikut perjanjian pembiayaan yang dipersetujui. Tertakluk kepada kelulusan dari pihak TEKUN Nasional)

Untuk maklumat lanjut berkenaan program ini, sila layari pautan https://www.tekun.gov.my/ms/pejabat-negeri/

temannita

Cara Permohonan

Segala maklumat dan informasi berkaitan skim pembiayaan yang ditawarkan oleh TEKUN Nasional boleh dilayari di laman web rasmi www.tekun.gov.my

Permohonan boleh dipohon melalui 2 kaedah:-

1. Pejabat cawangan berhampiran.

Senarai pejabat cawangan bagi tujuan temujanji boleh diperolehi di link berikut: https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/

2. Secara dalam talian ( https://tekunfin.tekun.gov.my/login ).

Talian HOTLINE TEKUN Nasional: 03-9059 8888.

Baca juga: SPPP: Cara Daftar SSM Percuma Untuk Ibu Tunggal, Belia B40 & Pelajar

Maklumat Lanjut

Sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan 03 9058 8550 atau lawati laman web rasmi www.tekun.gov.my untuk mengetahui alamat pejabat TEKUN di seluruh negara.

Maklumat mengenai setiap program secara terperinci boleh diperolehi di FAQ berikut: https://www.tekun.gov.my

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: