in

PPN: Kerajaan Sedia Beri Bantuan Tambahan Sehingga PKP Fasa 3/4

bantuan tambahan pkp
ADVERTISEMENT

Kerajaan bersedia beri bantuan tambahan bagi meringankan beban rakyat dan sektor perniagaan yang terjejas sepanjang tempoh PKP menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut Kementerian Kewangan, bantuan sewajarnya akan diberikan kepada golongan itu sehingga fasa ke-3 atau ke-4 PPN dan ia dijangka diumumkan dalam masa terdekat.

ADVERTISEMENT

Ketika ini kementerian sedang memperhalusi SOP dan merangka penambahbaikan bagi menjamin kelangsungan hidup rakyat serta perniagaan dalam mendepani cabaran pandemik COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan sedar sebahagian rakyat mengharapkan pengumuman pakej bantuan tambahan yang baharu dalam tempoh PKP yang mencabar ini, susulan daripada pengumuman Pelan Pemulihan Negara oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Baca juga: BPR Tambahan: Tarikh Bayaran & Jumlah Kategori Bujang, Berkahwin

bantuan tambahan pkp

“Kerajaan cukup faham denyut nadi rakyat, bantuan masih ada kerana tidak semua peruntukan yang diumumkan sebelum ini telah dibelanjakan.

“Perdana Menteri sudah mengarahkan Menteri Kewangan untuk mengemukakan cadangan, dan saya percaya beliau (Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz) sedang giat mengkaji cara-cara bagaimana kerajaan boleh memberikan bantuan tambahan (kepada rakyat),” katanya semasa temu bual dalam program Ruang Bicara yang disiarkan Bernama TV, semalam.

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM380 bilion atau bersamaan 28 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar menerusi pakej-pakej rangsangan ekonomi.

Mustapa berkata setakat ini hanya lebih daripada RM200 bilion sudah dibelanjakan dan masih terdapat baki.

Sebelum ini diumumkan dalam Pelan Pemulihan Negara bahawa kebanyakan sektor hanya boleh dibuka dalam fasa ketiga dan keempat PKP, iaitu sekitar bulan September 2021.

Baca juga: PELAN PEMULIHAN NEGARA: Kebenaran Rentas Negeri Dijangka November / Disember 2021

*Sumber: BERNAMA via Berita Harian

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Awas ‘Happy Hypoxia’, Ini Tips Beli Oximeter Berkualiti & Tepat Bacaannya

daftar cimb clicks

CIMB Clicks: Cara Buka Akaun, Daftar & Aktifkan Online Banking