BPR Tambahan: Semakan Bayaran & Jumlah Kategori Bujang, Berkahwin

BAYARAN BPR TAMBAHAN YANG DIUMUMKAN MELALUI PAKEJ PEMERKASA+

Bayaran BPR Tambahan telah dikreditkan ke akaun mulai 29 Jun 2021 (Selasa).

Bagi penerima BPR yang LULUS RAYUAN, pembayaran telah bermula pada 28 September bagi bank BSN, manakala bagi bank-bank lain pula bermula pada 4 Oktober 2021.

Semakan status bayaran boleh dibuat melalui laman web Bantuan Prihatin Rakyat secara atas talian.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Bantuan Tambahan BPR 2021 seperti di bawah:

Apakah BPR Tambahan?

Kerajaan mengumumkan pakej stimulus PEMERKASA PLUS bernilai RM40 bilion bagi rangsang ekonomi & bantu rakyat hadapi PKP 3.0.

RM2.1 bilion diperuntuk bagi tambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Ia adalah bagi memastikan rakyat yang terjejas dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh pandemik ini.

Jumlah Bayaran BPR Tambahan 2021

Jumlah bayaran yang diumumkan adalah seperti berikut:

  • Tambahan RM500 : Isi rumah bawah RM2500
  • Tambahan RM300 : Isi Rumah Bawah RM5000
  • Tambahan RM100 : Bujang

Untuk makluman juga, bayaran ini merupakan tambahan sebanyak RM2.4 bilion kepada fasa bayaran terakhir BPR Fasa 3 pada bulan September nanti.

Tarikh Bayaran

Bayaran mengikut amaun setiap kategori telah dikreditkan ke akaun penerima pada 29 Jun 2021 (Selasa).

Bayaran ini adalah bayaran tambahan daripada keseluruhan bayaran berfasa yang masih berlangsung.

TERKINI : TARIKH BAYARAN BAGI PENERIMA YANG LULUS RAYUAN BPR

TERKINI, bagi penerima yang LULUS rayuan BPR, bayaran akan dibuat bermula 28 September bagi yang mempunyai akaun bank BSN, manakala bagi bank lain bermula 4 Oktober 2021.

Penunaian secara tunai juga bermula pada 4 Oktober 2021 di cawangan bank BSN.

Perkara ini dimaklumkan melalui laman web Bantuan Prihatin Nasional di bpr.hasil.gov.my

Cara Semakan

Cara semakan status bayaran adalah melalui Portal BPR seperti berikut:

  1. Layari portal Bantuan Prihatin Rakyat di pautan https://bpr.hasil.gov.my/
  2. Log masuk dengan mengisikan ID dan kata laluan.
  3. Semak status bayaran pada menu yang tersedia.
  4. Status pembayaran akan dipaparkan seperti di bawah.

NOTA:

Jika anda terlupa kata laluan dan tidak dapat membuat semakan status pembayaran BPR, sila rujuk cara untuk set semula password di SINI.

Gagal Kredit / Pembayaran Tunai BPR Di BSN

Bagi penerima yang tiada akaun bank atau gagal kredit, pembayaran tunai boleh dituntut di BSN dengan membawa kad pengenalan ketika hadir ke kaunter.

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja boleh mewakilkan penerima bagi penunaian ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi BSN di talian 1300-88-1900.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan info terkini melalui laman web Bantuan Prihatin Rakyat di pautan https://bpr.hasil.gov.my/

ATAU

  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);
  • MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);

ATAU

Rujuk FAQ di bawah ini:

bpr tambahan faq
bpr tambahan

Rujuk intipati Perutusan Perdana Menteri dan Pakej Bantuan Stimulus PEMERKASA PLUS : PEMERKASA PLUS: Senarai Bantuan Penuh & Intipati Perutusan Khas Perdana Menteri

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: