Program URUS, Satu Lagu Bantuan Untuk Peminjam Kategori B50 Dan B40

Sejak wabak pandemik melanda, ramai antara kita terkesan dari segi kewangan akibat kurangnya pendapatan. Kerajaan ambil maklum tentang ini dan mengumumkan pelaksanaan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS).

Program URUS ini merupakan program sokongan bantuan bayaran balik pinjaman yang komprehensif bagi mereka yang terjejas di waktu pandemik ini.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, program ini disasarkan kepada peminjam yang berada dalam kumpulan 50 peratus terbawah atau B50.

Baca juga: Kemaskini Maklumat Penerima BKC Secara Online (7-21 Okt 2021)

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Namun, program URUS turut merangkumi peminjam di dalam kategori isi rumah B40, iaitu mereka yang berpendapatan kasar (gross household income) kurang dari RM5,880 sebulan.

Antara kemudahan yang bakal ditawarkan ialah ialah pengecualian faedah untuk tiga bulan, pengurangan kadar faedah termasuk pengurangan bayaran ansuran untuk tempoh sehingga 24 bulan.

Dalam tempoh ini, diharap ianya dapat membantu meringankan beban kewangan bagi mereka yang terjejas. Ini termasuk bagi mereka yang membuat pinjaman atau pembiayaan serta kad kredit peribadi tanpa jaminan.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri memberitahu, program URUS itu telah dirangka oleh sektor perbankan bersama-sama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Baca juga: Bantuan Kehilangan Pendapatan RM500 (Oktober 2021)

Menurutnya, butiran selanjutnya mengenai program URUS akan diperincikan oleh Kementerian Kewangan.

Selain daripada moratorium yang dilaksanakan sebelum ini, inisiatif yang dirangka oleh sektor perbankan ini jelas menunjuk usaha kerajaan dalam membantu golongan peminjam B50 dan mencerminkan semangat keluarga Malaysia.

Sumber: Sinar Harian

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: