Kemaskini Maklumat Penerima BKC Secara Online (7-21 Okt 2021)

KEMASKINI AKAUN PENERIMA BKC / WAKIL PENERIMA BANTUAN KHAS COVID-19 SECARA ONLINE & MANUAL MULAI 7 – 21 OKTOBER 2021

Makluman penting buat penerima BKC, anda kini boleh membuat kemaskini maklumat akaun bank yang berstatus Gagal Kredit & Tiada Maklumat Akaun Bank bagi memudahkan bayararan fasa seterusnya.

Perkara ini dimaklumkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui akaun sosial Facebook bertarikh 7 Oktober 2021 seperti berikut:

Berikut kami kongsikan lebih lanjut tentang cara membuat kemaskini untuk makluman bersama.

Tarikh Membuat Kemaskini

  • Tarikh dibuka: 7 Oktober 2021
  • Tarikh akhir: 21 Oktober 2021

Semakan Status BKC (Bantuan Khas COVID-19)

Sebelum anda membuat kemaskini maklumat, anda boleh semak dahulu status BKC untuk memastikan sama ada maklumat akaun anda telah lengkap atau perlu dikemaskini kerana Gagal Kredit / Tiada Maklumat Akaun.

Semakan melalui laman web rasmi BKC boleh dibuat dengan langkah berikut:

  1. Layari Portal BKC melalui pautan https://bkc.hasil.gov.my.
  2. Klik Log Masuk atau Semakan Status
  3. Masukkan Nombor MyKad
  4. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  5. Masukkan Kata Laluan
  6. Maklumat yang akan dipaparkan
    • Status Permohonan
    • Amaun Keseluruhan Diterima
    • Maklumat Pembayaran
    • Paparan Borang

NOTA:

Jika anda terlupa kata laluan atau tidak dapat mengakses, sila rujuk Lupa Kata Laluan BKC? Ini Cara Set Semula Password / Aktifkan Akaun Yang Disekat

Cara Kemaskini Maklumat Akaun Bank BKC

Kemaskini maklumat akaun bank penerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC) boleh dibuat secara online (atas talian) atau secara manual.

Cara membuat kemaskini adalah seperti berikut:

  1. Buka laman web https://bkc.hasil.gov.my/
  2. Tekan butang Log Masuk
  3. Isikan nombor IC dan kata laluan yang telah didaftarkan
  4. Tekan butang Kemaskini Maklumat Akaun Bank untuk membuat kemaskini maklumat akaun bank anda

Cara Kemaskini Maklumat Wakil BKC

Pengemaskinian maklumat wakil boleh dibuat di Cawangan LHDNM secara janji temu.

  1. Buka laman web https://bkc.hasil.gov.my/
  2. Tekan butang Log Masuk
  3. Isikan nombor IC dan kata laluan yang telah didaftarkan
  4. Tekan butang Kemaskini Maklumat Wakil untuk membuat kemaskini maklumat akaun bank anda

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian Hotline Bantuan Khas Kerajaan (BKK) 1-800-88-2747 atau Cawangan LHDNM yang berhampiran untuk set semula akaun BKC.

ATAU

Sila rujuk laman Facebook LHDN rasmi di sini : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

*Sumber: FAQ BKC

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: