Permohonan Bantuan OKU ANIS RM500 (KITA Selangor 2.0)
Permohonan bantuan khas RM500 bagi orang kelainan upaya (OKU) ANIS yang diumumkan menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 dibuka bermula 1 Julai 2021.
Syarat Kelayakan Bantuan ANIS OKU 2.0
Syarat kelayakan menerima bantuan
- Warganegara Malaysia
- Berusia 18 tahun ke atas
- Pemegang kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor
- OKU yang terjejas sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19
- Merupakan anak kelahiran Selangor dan menetap di Selangor ATAU bermastautin di Negeri Selangor melebihi 10 tahun
- Permohonan Bantuan ini adalah terhad kepada 1 pemohon untuk 1 keluarga
- Had maksima pendapatan isi rumah RM3,000
Jumlah Bantuan ANIS OKU 2.0
Had bantuan bagi setiap pemohon adalah berjumlah RM500.00 bersifat one-off bagi setiap permohonan yang berjaya.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan sehingga 31 Julai.
Baca juga: Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) Kepada Bukan Pencarum PERKESO (RM300)
Cara Permohonan
- Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman sesawang
https://www.anisselangor.com/bantuanOKU - Borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.
- Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.
- Borang permohonan dan dokumen boleh dihantar melalui salah satu kaedah seperti berikut:
- Penghantaran melalui emel di [email protected] ; ATAU
- Hantar ke pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) di alamat:
Yayasan Warisan Anak Selangor
Aras 5,Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor.
Talian Hotline : 03-5481 8800
Baca juga: Bantuan Ibu Tunggal: Daftar & Kemaskini Borang Profiling JPW
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan Kad Pengenalan pemohon
- Salinan Kad OKU JKM yang berdaftar di Selangor
- Salinan pengesahan majikan (jika diberhentikan, dipotong gaji atau semisal dengannya)
- Salinan slip gaji terakhir.
- Atau surat pengesahan pendapatan bagi yang tidak mempunyai pendapatan tetap (*Pengesahan boleh dibuat melalui ADUN / Ahli Parlimen / Ketua Kampung / Penghulu / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat)
- Salinan penyata akaun bank (tertera Bank, nama penuh dan nombor akaun sahaja)
Borang permohonan boleh di emelkan ke [email protected]
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lajut, sila layari https://www.anisselangor.com/bantuanOKU atau hubungi hotline 0182567093 atau 0182356213 untuk maklumat lanjut.
Yayasan Warisan Anak Selangor
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor.