Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT RISDA)

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Untuk makluman, RISDA ialah sebuah badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang ditubuhkan pada 1 Januari 1973.

Penubuhan RISDA ini dibuat mengikut Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972 dan Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952 yang bertujuan untuk melaksanakan dasar dan program pembangunan untuk memastikan pertumbuhan dan daya maju industri getah sektor pekebun kecil serta memberikan perkhidmatan teknikal, nasihat, program latihan dan pendidikan kepada sektor pekebun kecil.

Oleh itu, salah satu insentif iaitu BMT telah diperkenalkan bagi membantu para pekebun kecil yang terjejas akibat musim tengkujuh yang akan menjelang pada setiap hujung tahun di Malaysia.

Permohonan BMT 2022 telah dibuka mulai daripada tarikh 1 Mei 2022 hingga 15 September 2022.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang BMT 2023 dan cara membuat permohonan online.

APA ITU Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ?

Pada 29 Oktober 2021, Pihak Kerajaan melalui pembentangan Bajet 2022 telah meluluskan pemberian Bantuan Musim Tengkujuh tahun 2022 (BMT2022) melalui RISDA sebanyak RM600 seorang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM191juta melibatkan 232,319 orang pekebun kecil RISDA dan 86,323 orang Pekebun Kecil LIGS yang terjejas pendapatannya ketika musim tengkujuh.

Semua pemohon perlu mengetahui tarikh-tarikh penting, membaca syarat-syarat yang berkaitan dan memastikan akaun bank sentiasa aktif untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Sila dapatkan maklumat yang betul dan sahih mengenai BMT 2022 daripada Pihak RISDA sahaja.

Pekebun Kecil (Pemilik Pengusaha) dan Pekebun Kecil (Penoreh Bukan Pemilik) yang berdaftar dengan RISDA boleh membuat permohonan BMT 2022 secara dalam talian sepenuhnya melalui laman web pekebunkecilmakmur.com.my.

Selain permohonan secara dalam talian melalui laman web https://pekebunkecilmakmur.com.my, Pemohon BMT 2022 dari Kategori Pekebun Kecil juga boleh membuat permohonan dimana-mana Pusat Tanggungjawab RISDA yang berhampiran manakala bagi permohonan Penoreh Bukan Pemilik hanya boleh dibuat di Pusat Tanggungjawab dimana kebun yang ditoreh itu berada.

Syarat-Syarat Kelayakan BMT 2022

Permohonan BMT adalah tertakluk kepada beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Syarat-syarat kelayakan bagi pekebun kecil RISDA ialah:

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  2. Pemohon ialah pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA.
  3. Pemohon mempunyai tanah berkeluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar.
  4. Pemohon merupakan pemilik tanah yang sah.
  5. Satu Lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja.
  6. Seorang Pekebun Kecil hanya layak menerima sekali sahaja.

Bagi penoreh bukan pemilik pula, syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  2. Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA.
  3. Pemohon menoreh di lot keluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar.
  4. Pemohon mendapat pengesahan pemilik tanah yang sah.
  5. Pemohon mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G).
  6. Satu Lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja.
  7. Seorang penoreh hanya layak menerima sekali sahaja.
bmt 2022 bantuan musim tengkujuh risda

*Rujuk definisi berdaftar dengan RISDA untuk memohon BMT 2022 dalam infografik di bawah:

bmt 2022 bantuan musim tengkujuh risda

Cara Membuat Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (B<T RISDA) 2022

Permohonan BMT perlu dibuat secara manual dengan hadir ke pejabat RISDA yang berdekatan.

Para pemohon BMT pekebun kecil RISDA hendaklah melengkapkan Borang BMT beserta dokumen sokongan berikut:

  • Kad Pengenalan pemohon (asal dan salinan).
  • Salinan Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) (jika ada).
  • Geran tanah (asal dan salinan).
  • Salinan buku akaun bank yang masih aktif.

Bagi para pemohon BMT penoreh bukan pemilik pula perlu melengkapkan Borang BMT beserta dokumen sokongan berikut:

  • Kad Pengenalan pemohon (asal dan salinan).
  • Salinan Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) (jika ada).
  • Geran tanah (asal dan salinan).
  • Salinan Kad PAT-G.
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.
  • Kad Pengenalan pemohon (asal dan salinan).
  • Salinan Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) (jika ada).
  • Geran tanah (asal dan salinan).
  • Salinan Kad PAT-G.
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.
bmt 2022 bantuan musim tengkujuh risda

Tarikh Penting

  • Tarikh permohonan dibuka : 1 Mei 2022
  • Tarikh permohonan ditutup : 15 September 2022
  • Tarikh rayuan untuk permohonan ditolak : 16 September 2022 hingga 31 Oktober 2022

Semakan Permohonan

Pemohon yang telah membuat permohonan boleh menyemak status permohonan BMT melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web iaitu http://webapp3.risda.gov.my
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan
  3. Klik butang ‘Semak.’
  4. Status permohonan bantuan dipaparkan.

Bagi permohonan yang tidak berjaya, sila hubungi mana-mana Pejabat RISDA yang berhampiran untuk membuat temu janji.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan BMT, sila hubungi Hotline BMT iaitu 03-4256 4022.

Pemohon juga digalakkan untuk melayari laman web RISDA iaitu https://www.risda.gov.my/.

Baca juga:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *